Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Respect', Pengadil Bola Sepak Bukan Muslim Ini Tiup Wisel Hentikan Sementara Perlawanan Bila Azan Berkumandang

Ditulis oleh seventeen century, 25 Jan 2018

25 Jan - Sudah menjadi kebiasan bagi kita di Malaysia apabila menghentikan segala aktiviti sukan jika terdengar suara azan berkumandang. Begitu juga jika perlawanan bola sepak di Malaysia.

Kebanyakkan pengadil di Malaysia juga beragama Islam dan sudah pasti sedia maklum tentang perkara sebegini. Tetapi macam mana pula kalau pengadil bukan Islam yang kendelikan perlawanan? Perlawanan berhenti ke tidak?

Baru-baru ini, pengadil yang berasal dari England, Mark Clattenburg yang kini menjadi pengadil di Liga Arab Saudi memberhentikan perlawanan yang sedang berlangsung apabila azan berkumandang.


Tindakan Clattenburg itu mendapat pujian kerana sikapnya yang sentiasa sensitif dengan adab dan persekitaran beliau yang bertugas di sebuah negara Islam.

Video yang telah dimuat naik sebuah saluran Youtube, Malayalam News itu telah tular di laman sosial dan menjadi perbualan peminat bola sepak dunia.

Mark Clattenburg yang berusia 42 tahun itu memulakan karier beliau sebagai pengadil pada tahun 1993 di Liga Bola Sepak Utara di England dan pernah bertugas di Liga Perdana Inggeris (PL) pada tahun 2004.

Beliau dikatakan berhijrah ke Liga Arab Saudi kerana telah berselisih faham dengan majikannya di England. Clattenburg juga diiktiraf sebagai pengadil FIFA pada tahun 2006 sehingga kini.
Pengadil itu memulakan semula perlawanan tersebut selepas azan berakhir.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "