Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kebas Sampai Habis, RM1.5 Juta Lesap Tak Sampai 3 Minit


Malam tahun baru digemparkan dengan kes samun bersenjata di sebuah kedai emas Poh Kong, di pusat beli-belah Leisure Mall, Cheras kira-kira jam 8.30 malam.  Hampir RM1.5 juta barang kemas dilarikan oleh kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dan bersenjatakan tukul besi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ismail Borhan, kesemua suspek yang lengkap bertopi kaledar penuh dan bersarung tangan hanya mengambil masa tiga minit untuk melarikan barang kemas tersebut.  Tambahnya lagi, ketika kejadian, seramai lima orang pekerja dan dua orang pelanggan berada didalam kedai emas itu tapi mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.  Hasil siasatan awal juga mendapati lima daripada suspek telah memecahkan cermin pameran dengan menggunakan tukul besi manakala lima lagi menunggu di luar pusat beli-belah.


Cubaan orang awam untuk menghalang modus operandi suspek kes samun ini dengan membaling tong sampah aluminium kepada mereka juga gagal. 

Pihak polis masih menjalankan gerakan memburu suspek dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan rompakan secara berkumpulan. - Siakapkeli.my



Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli