Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Isu Persenda Nabi Muhammad S.A.W, Iqram Dinzly Tampil Beri Penjelasan Dan Memohon Maaf


Iqram Dinzly sekali lagi mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila dilihat tersasul menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan hiburan yang bersiaran langsung di sebuah syarikat televisyen swasta pada Ahad lalu.

Tindakan Iqram yang dilakukan semasa menjawab soalan pengacara rancangan popular tersebut mengundang kecaman daripada masyarakat termasuklah teguran yang dibuat oleh salah seorang penceramah bebas tanah air.

Iqram yang sebelum ini turut pernah terpalit kontroversi dengan pelbagai rakaman video yang mempamerkan aksi pelik dan berbau lucah tampil membuat penjelasan dan memohon maaf berhubung kesilapannya tersebut.

''Saya memohon maaf kepada netizen semua atas apa yang telah berlaku,'' katanya.

Iqram turut menjelaskan bahawa keadaan celaru yang berlaku di dalam rancangan tersebut berpunca daripada beberapa masalah yang berlaku terhadapnya semasa dalam perjalanan dari rumahnya ke syarikat televisyen tersebut yang terletak di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, ketika itu dia berada dalam keadaan kelam kabut kerana kepenatan akibat tidak cukup tidur sebelum bertolak ke ibu kota.

''Ketika dalam perjelanan dan sampai di Serendah, tayar kereta saya pecah dan saya memandu dengan laju. Ketika itu saya dalam keadaan terburu-buru kerana sebelum itu saya tertidur di Tapah,'' katanya lagi.

Disebabkan keadaan tersebut selain perlu berada awal di studio kerana rancangan tersebut bakal ke udara pada pukul 12.30 tengah hari, ia membuatkannya hilang sedikit tumpuan.

''Sebab saya sudah keliru dengan nama Muhammad Syaifudin, Ahmad Said. Dan bila saya tersasul, saya segera betulkan dengan menyebut Nabi Muhammad S.A.W.

''Bila ia terjadi, saya perbetulkan kembali dan ia menjadi isu sekiranya ada pihak yang menganggap saya bergurau dengan nama Baginda.

''Oleh itu saya ingin meminta maaf secara terbuka jika kesilapan percakapan saya telah menimbulkan kontroversi dan persepsi negatif. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W,'' jelas Iqram lagi.

Iqram pada masa yang sama juga mengulas satu gesaan dipercayai ada kaitan dengan respon seorang penceramah bebas yang mahukan agensi agama mengambil tindakan terhadapnya kerana mendakwa dia telah mempersenda nama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, teguran terhadapnya perlu dibuat secara bersemuka dan lebih beradab.

''Saya belajar satu perkara dalam hal ini, buatlah baik sebanyak manapun, disebabkan satu kesalahan, rosak susu sebelanga,'' katanya.


Sumber : Wira Keyboard
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli