Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Usus Bayi Boleh Cedera Dan Tersumbat," Bahaya Jika Beri Makanan Pepejal Kepada Bayi Berusia Kurang Dari 6 Bulan

Ditulis oleh seventeen century, 22 Jan 2018

22 Jan - Tahukah anda bahawa anak anda yang berusia kurang daripada 6 bulan tidak boleh diberi makanan dalam bentuk pepejal? Sesetengah ibu bapa mengambil ringan tentang perkara ini kerana menurut mereka anaknya tidak kenyang hanya dengan meminum susu badan.

Banyak implikasi yang boleh berlaku jika perkara sebegini diremehkan dan boleh membahayakan nyawa anak anda. Adakah anda sanggup memperjudikan nyawa anak anda sendiri? Sudah pasti tidak kan.

Di Malaysia, amalan pemberian makanan kepada bayi adalah masih kurang memuaskan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga menunjukkan bahawa pada 2006, walaupun amalan penyusuan susu ibu adalah tinggi, kadar penyusuan secara eksklusif di kalangan bayi berumur bawah enam bulan hanyalah 14.5 peratus (IPH, 2008).



Dari segi amalan pemberian makanan pelengkap, hanya 41.4 peratus bayi sahaja mendapat makanan pelengkap tepat pada masanya (iaitu di antara umur enam hingga sepuluh bulan). Malah makanan pelengkap juga dimulakan seawal umur bayi dua bulan.

Seorang pengguna Facebook dan juga seorang jururawat dalam entri terbarunya, beliau menjelaskan sebab-sebab bayi berusia kurang 6 bulan tidak boleh makan makanan pepejal.

Beliau yang dikenali sebagai Bel Nawhen menjelaskan bahawa, bayi berusia kurang dari 6 bulan belum mampu untuk mengunyah dan menggigit dengan berkesan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan susu ibu adalah makanan yang paling seimbang dan lengkap untuk bayi seusia itu.

Menurut Bel lagi, memberikan makanan pepejal mampu meningkatkan risiko alahan pada bayi dan boleh menyebabkan bayi dijangkiti kuman.

Tambah beliau lagi, buah pinggang bayi sebelum 6 bulan masih belum matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pepejal. Risiko kecederaan di bahagian usus atau usus tersumbat juga boleh membahayakan nyawa anak anda.

Bayi juga belum mampu untuk bertindak balas menguyah dan cuma mampu bertindak balas untuk menghisap sahaja. Jadi, sebelum usia 6 bulan susu ibu sudah cukup memadai untuk anak anda dan tumbesarannya.

Semoga perkongsian daripada Bel Nawhen ini mampu memberi kesedaran kepada ibu bapa yang memandang remeh tentang perkara ini.

Berikut adalah perkongsian orang ramai tentang perkara ini.




 Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www.updatebetting.co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "