Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Usung 'Nyawa' Dalam Beg Galas'', Galas Jantung Tiruan Bernilai RM471 Ribu Untuk Terus Hidup

Ditulis oleh Eddy Hassan, 2 Jan 2018

Dengan kehadiran tahun baru, Selwa Hussain, 39, tahu bahawa dia seorang wanita yang sangat bertuah dan pada masa yang sama sebagai seorang yang unik, kerana diberi 'nyawa' kedua oleh Tuhan.

Apa tidaknya, ibu kepada dua orang anak ini baru sahaja menjalani satu pembedahan berisiko yang menentukan hidup matinya. Kesannya, dia kini terpaksa bergerak kemana-mana dengan menggalas jantung tiruan di belakagnya.


Pembedahan tersebut sememangnya adalah satu perkara yang luar biasa kerana tiada sesiapa pun di Britain yang pernah melalui pembedahan tersebut. Di dalam beg galas seberat 6 Kilogram (KG) yang sentiasa dibawanya itu terkandung bateri, motor elektrik dan pam yang menolak udara ke injap jantung tiruannya untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Semuanya bermula kira-kira 6 bulan lalu apabila dia terpaksa memandu sejauh hampir 200 meter takala dia merasakan dirinya amat sukar untuk bernafas untuk bertemu dengan doktor peribadi di Clayhall, Essex.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital tempatan dan diberitahu bahawa dia mengalami beberapa kegagalan fungsi jantung yang serius. 4 hari kemudian, dia dikejarkan ke Harefield Hospital, sebuah hospital terkemuka dan ketika itu doktor bertarung untuk menyelamatkan nyawanya.

Ketika itu, keadaan Selwa terlalu lemah untuk hidup dengan bergantung kepada alat sokongan dan juga terlalu lemah untuk menjalani pembedahan pindah jantung. Satu-satunya jalan yang tinggal adalah dipasang dengan jantung tiruan, dan suaminya yang tercinta, Al tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan prosedur tersebut.


Jantung Selwa yang bermasalah dikeluarkan oleh pakar bedah dan digantikan dengan jantung tiruan yang berfungsi dengan bantuan alat khas yang sentiasa digalasnya ketika ini. Beg tersebut mengandungi dua set bateri dan Selwa sentiasa membawa satu lagi set bateri bersamanya sebagai persediaan jika set bateri yang pertama tidak berfungsi.

Oleh itu, Al perlu sentiasa ada bersama isterinya kerana bateri pertama tidak berfungsi, mereka cuma ada masa selama 90 saat sahaja untuk menukarkan bateri tersebut dengan yang baru.

Namun, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Selwa mengambil masa berbulan-bulan untuk membiasakan diri dengan mengusung 'nyawa' di dalam beg. 'Nyawa' itu menepam darah ke seluruh badan pada kadar 138 beats per minute, rentak yang sama membuatkan dadanya berdegup.

''Saya sangat sakit sebelum ini dan mengambil masa yang begitu lama untuk sihat dan kembali ke rumah,'' kata ibu kepada anak lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan berusia 18 bulan.


Pakar jantung yang memeriksa Selwa menbuat kesimpulan bahawa dia mengalami kegagalan fungsi jantung yang dikenali sebagai cardiomyopathy, yang mungkin disebabkan kehamilannya.

Ketika Selwa mengadu mengenai sakit dadanya ketika awal tahun lalu, doktor yang merawatnya pada awalnya memberitahu bahawa dia mengalami masalah penghadaman.

Doktor mengambil masa selama 6 jam untuk melakukan pembedahan bagi memasang jantung tiruan yang dibuat di Amerika Syarikat bernilai £86,000 (RM471,137) tersebut. Pembedahan tersebut diketuai oleh Diana Garcia Saez dan dibantu oleh Mr Andre Simon, Ketua Pakar Bedah Hospital Harefield, satu-satunya hospital di United Kingdom (UK) yang mampu melakukan pembedahan memasang alat tersebut.


''Pembedahan berjalan dengan lancar dan proses pemulihan Selwa sangat baik, hanya seorang sahaja pesakit jantung di UK yang pulang ke rumah dengan jantung tiruan sebelum ini pada tahun 2011,'' kata Mr Simon.

Selepas dua tahun, pesakit yang berusia 50 tahun tersebut menjalani pembedahan pemindahan jantung dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Oleh itu, beliau juga berharap Selwa pada satu hari nanti dapat menjalani pembedahan pemindahan jantung juga.

''Harefield benar-benar luar biasa. Mereka berjaya mencari penyelesaian kepada masalah jantung saya dan memberi peluang untuk saya menyambut tahun baru bersama keluarga. Oleh itu, saya sentiasa merasa sangat-sangat bersyukur,'' kata Selwa.


Sumber : Daily Mail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "