Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Tular: "Tidak Profesional Sebagai Guru", KPM Kenakan Tindakan Kepada Guru Mengamuk Dalam Bilik Mesyuarat

Ditulis oleh seventeen century, 26 Jan 2018

26 Jan - Baru-baru tersebar di laman sosial sebuah video yang menunjukkan seorang guru wanita sedang mengamuk di dalam bilik mesyuarat ketika mesyuarat sedang berlangsung.

Guru yang dikatakan berkhidmat di sebuah sekolah di Kulim, Kedah telah menunjukkan reaaksi yang tidak melambangkan profesionalisme seorang guru di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman Facebook rasmi KPM.

Dalam kenyataan tersebut, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari 2018 dan telah menjadi tular sehingga menimbulkan kerasahan ramai pihak.


Susulan daripada kejadian itu, KPM telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan dengan kadar segera guru berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu bermula 26 Januari 2018 sementara siasatan dijalankan.

KPM juga mengingatkan kepada semua guru dan juga pentadbir sekolah agar sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional terutamanya ketika berhadapan dengan rakan sekerja, murid-murid serta masyarakat supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

KPM juga menegaskan kepada semua penjawat awam agar sentiasa menjadi contoh terbaik untuk masyarakat agar profesion sebagai seorang guru tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "