Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Tiada RM1,000 Tunai? Jangan Mimpi Dapat Masuk Ke Thailand', Pihak Berkuasa Negara Itu Perketat Undang-Undang

Ditulis oleh farra vy, 9 Jan 2018


Rakyat Malaysia kini perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM1,000 jika mereka ingin menyeberangi Thailand secara sah samada melalui pengangkutan laut, udara atau darat.

Peraturan ini sebenarnya telah dikuatkuasakan sedekad lepas tetapi disebabkan jumlah pengunjung yang ramai keluar dan masuk, pihak berkuasa termasuk kastam dan polis Thailand tidak dapat mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.

Memetik laporan The Sun Daily, seorang pegawai sempadan Thailand telah mengesahkan dan menyatakan minimum 10,000 hingga 20,000 THB diperlukan bagi setiap pelancong yang ingin masuk ke negara mereka.  Tambahnya lagi, jumlah itu bergantung pada kadar pertukaran mata wang pada hari tersebut.

Beberapa komen dimuat naik didalam ruangan kumpulan 'Bangkok Expats' mengadu perjalanan mereka yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana tidak mempunyai cukup wang tunai bersama mereka.



"Saya baru-baru ini ditahan untuk ke Thailand kerana tidak mempunyai wang tunai sebanyak 20,000 baht."

"Ada beberapa ribu baht, ditambah dengan penyata bank yang dicetak dan termasuk simpanan yang ditunjuk melalui perbankan internet, tiket penerbangan dan slip hotel, permohonan saya untuk masuk ke Thailand masih ditolak meskipun memiliki visa pelancong sah."

Percubaan untuk menghubungi Konsul Jeneral Thailand dan pihak berkuasa Pelancongan cawangan Thailand di Kuala Lumpur untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun gagal.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "