Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tudia, Ramainya Anak Dia, 1,2,3,4,5, Mesti Kahwin Muda Mak Dia Ni'', Teruk Sangat Ke Kita Anak Ramai? Luahan Seorang Ayah

2 ulasan
Kanan: Gambar Hiasan
22 Jan - Sesetengah suami isteri mengimpikan anak yang ramai, kerana mungkin bagi mereka anak-anak adalah pembawa rezki dari Allah S.W.T ke dalam rumah tangga mereka.

Salah ke anak ramai? Tidak ada dalil yang boleh digunapakai untuk menidakkan sepasang suami isteri itu memiliki jumlah anak yang ramai, kerana itu adalah hak masing-masing untuk menentukannya.

Tetapi, bagi segelintir orang pula, mereka seakan-akan hairan bila melihat satu keluarga memiliki anak sehingga 7-8 orang. Sedangkan, zaman tok nenek kita dulu boleh jaga anak sehingga 12-13 orang. Kenapa perkara itu menjadi pelik pada zaman ini.

Ada sebab kenapa Tuhan kurniakan zuriat yang ramai untuk sesetengah pasangan dan setiap anak yang dilahirkan membawa peranan mereka masing-masing sebagai khalifah di muka bumi ini.

Jangan hanya kerana diri sendiri yang tidak mampu menjaga anak yang ramai dijadikan sebab anda seakan menafikan hak orang lain untuk berbuat demikian.

Seperti satu kisah yang diceritakan oleh Lutfi Lokman menerusi akaun Facebooknya. Kisah yang diceritakan ini berkisar tentang pengalaman beliau berhadapan dengan masyarakat yang fobia bila melihat anaknya yang ramai.

Menurut beliau, orang yang sering memandang pelik bila melihat beliau bersama anak-anaknya itu hanya kerana mereka seronok melihat dia dan isteri kehukur-kehilir bersama anak-anak yang ramai.

"Oh, mereka seronok tu. Seronok tengok kita dengan sejumlah penumpang yang ramai. Seronok melihat kemeriahan anak-anak," tulisnya.

Lutfi juga mengimbas kembali perbualan beliau bersama seorang mak cik yang meluahkan perasaan kepadanya kerana menyesal tidak memiliki anak yang ramai.

Menurut mak cik berkenaan, anak-anaknya hanya menghabiskan masa bersama telefon bimbit dan kawan-kawannya sahaja dan tinggallah mak cik ini sunyi di rumah.

Foto: Lutfi Lokman
Mak cik itu juga mengambil keputusan untuk mengambil upah menjaga anak-anak jiran yang bekerja supaya terubat rasa sunyi ketika di rumahnya.

Jom ikuti perkongsian yang cukup bermanfaat ini daripada Lutfi Lokman. Semoga pembaca dapat mengambil pengajaran dari kisah yang menyentuh hati ini.

"Teruk sangat ke kita anak ramai?" soal isteri saya mengadu dalam kereta ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Eh. Kenapa cakap macam tu?" hati kecil saya berasa tidak sedap.

"Takdelah, tadi dekat shopping mall, orang berbunyi 'Ee.. Ramainya anak dia', '1,2,3,4,5 tu dia ramainya', 'Kahwin muda mak ni, anak berderet', kenapa mereka bunyi macam tu?" soal si perempuan ini lagi.

Hatinya tidak tenteram mungkin dengan teguran-teguran seperti itu. Ditambah dengan pandangan masyarakat melihat beliau membawa sejumlah anak ke hulu ke hilir.

Saya berfikir sejenak untuk memberikan kata terbaik.

"Oh, mereka seronok tu. Seronok tengok kita dengan sejumlah penumpang yang ramai. Seronok melihat kemeriahan anak-anak. Tak apalah. Allah jadikan semua itu terbaik. Anak ramai ke, tak ada anak ke, anak sorang ke, itu semua aturan yang Allah dah tetapkan. Masing-masing ada kelebihan dan kebaikan. 


Jangan duk susah hatilah pasal anak berderet ke. Anak berlambak ke, Anak terborong ke. Semua itu rezeki. Ataupun lepas ni..." saya tidak meneruskan jawapan, kerana saya tahu jawapan itu tidak memuaskan hati beliau. Lantas, fikiran saya menerawang ke beberapa bulan yang lepas.


Saya teringat peristiwa ketika menunggu isteri di Klinik Kesihatan Semenyih. Di hadapan saya ada seorang makcik. Sekejap-sekejap dia berpaling kepada saya di belakang. Saya diamkan sahaja. Akhirnya mungkin tidak tahan untuk bertanya beliau bersuara.

"Anak ke ni? kembar ya? berapa semua?" bertalu makcik tu tanyakan saya.

"Err, tak jual kak," saya buat lawak sambil tersengih bodoh tapi kacak.

"Panggil acik dahlah. Saya dah tua," beliau tersenyum.

Lalu kami meneruskan perbualan.

Beliau mempunyai 2 orang anak. Yang sulung perempuan telah berkahwin dan tinggal berasingan di Puchong. Manakala yang bongsu lelaki tingkatan 1 tinggal bersama beliau.

Suaminya kerap outstation kerana menguruskan perniagaan. Tinggallah beliau bersama anak lelaki tunggalnya di rumah.

Diulit kebosanan, beliau mengambil upah menjaga anak jiran untuk tinggal bersama sebagai peneman.

"Acik sunyi sangat. Rindu betul pada anak. Rasa menyesal anak sikit. Walaupun rumah tu ada si adik tapi yerlah balik sekolah dia asyik dengan henponnya. 


Sibuk nak keluar dengan kawan. Tinggallah kita sorang-sorang. Kalau si kakak tu ada datang, cerialah sikit rumah ni. Tapi.." beliau memandang jauh ke hadapan. Dari raut wajahnya seolah-olah tersembunyi pelbagai rahsia hati.

"Dia pun kenalah ikut suami. Ada masa suami kata balik jenguk mak, dia ikutlah. Kalau suami sibuk, dia tak boleh kata apa,"

"Acik kalau call, acik tak tanya anak nak datang bila. Acik akan call menantu. Sembang dengan dia dan tanya kalau ada free nak makan di rumah bagitahulah, acik nak masak. Acik sebenarnya harap sangat diorang balik jenguk acik. 


Tapi yerlah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bukan salah mereka. Emak acik dulu pun dah nasihat acik, nanti kalau anak engkau dah berumahtangga, jangan ganggu mereka.

Biarlah mereka susah senang dan buat hal sendiri. Kalau mereka ingat, adalah rezeki engkau. Anak perempuan ni bila dah berkahwin dia milik suaminya. Untung kalau menantu tu baik dengan kau. Cam gitulah emak acik pesan. 

Gambar Hiasan

Acik pegang sampai sekarang. Tapi nak, hati ni tak kuat. Kadang-kadang nak sangat mereka ni semua ada di tepi. Nak tengok depan mata. Tu jer," panjang lebar makcik tersebut bersyarah dan meluahkan perasaan kepada saya.

Saya dah menangis sambil kesat hingus. Terus teringat pada emak dan emak mertua. Itulah mungkin perasaan mereka dengan anak mereka.

"Untung kau nak, muda-muda anak dah ramai. Biarlah. Kau jagalah anak kau ni. Besarkan mereka. Nikmati saat ini. Waktu akan berlalu dengan cepat. Apabila sampai masanya, mereka akan pergi tinggalkan kau. Didik mereka betul-betul ya," tambah makcik tersebut. Wajahnya kelihatan letih selepas mencurahkan perasaan dan isi hatinya.

Saya mengangguk. Isteri saya tiba dan bersalaman dengan makcik tersebut lalu kami berpisah setelah selesai urusan masing-masing.

Cerita yang akan saya simpan buat rujukan anak-anak dan kita semua.

Saya harap isteri tersayang membaca coretan ini dan bersyukur lalu usah pedulikan sangat kata orang. Paling teruk pun sakit hati jer. Ia tidak menjejaskan anggota badan kita yang lain. Kot-kotlah patah tangan ke, kaki terkoyak ke itu lainlah.

Lalu saya sambung dengan tenang, "... kita tak payah keluar pergi ke shopping mall dah ya. Kita duk rumah diam-diam je tak payah jumpa orang. Ok?" - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www.updatebetting.co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli