Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Teringin Masak BBQ Sedap? Chef Ini Kongsi Lima Resipi Rahsia Marinate BBQ Yang Super Lazat Dari Restoran Miliknya


Setiap hari dirumah akan masak makanan yang lebih kurang sama sahaja. Kadang-kadang teringin juga masak lain dari biasa. Perlu juga tukar selera. Masak BBQ ke? Tapi tidak tahu cara buat perapan yang betul.

Jangan risau, pemilik restoran Ryndu Hot & Grill, Chef Roslan telah berkongsi lima resipi marinate BBQ yang popular dari restoran miliknya. Selamat mencuba!



BBQ Honey Chicken Wings

Bahan-bahan:
8 Ketul Kepak Ayam
3 ulas bawang putih / ditumbuk lumut
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
garam secukup rasa
bijan putih untuk ditabur atas ayam

Cara masak:
1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
3. bakar sehingga kepak ayam kekuningan.

Info chef: Untuk perapan lebih baik simpan ayam telah diperap dalam peti sejuk.


BBQ Lamb Ribs

Bahan-bahan:
6 keping tulang rusuk kambing / dicuci dan ditoskan
2 ulas bawang putih / ditumbuk
3cm halia/ ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji kentang / belah 4 dan panggang
1/2 biji cili bangala / panggang
1/2 bawang holland / panggang

Cara masak:
1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos
2. Masukan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam
3. Kemudian panggang sehingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.

Info chef: Semasa memanggang taungkan bersama lebihan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.



Grilled lemon and yogurt chicken

Bahan-bahan:
8 keping bahagian peha ayam
1 cawan yogout putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia / cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam

Cara masak:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau
2. Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar dan garam.
3. Kemudian gaul dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
4. Bakar sehingga masak.

Info chef: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos lada hitam atau sos BBQ



BBQ Drumstick

Bahan-bahan:
Ketul peha ayam
3 ulas bawang putih / ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon

Cara masak:
1. Bersihkan peha ayam dan toskan
2. Gaul peha ayam bersama semua bahan
3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk
4. Bakar hingga masak atau kekuningan
5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili bangala panggang, dan sos cili

Info chef: Jika ingin segera dipanggang atau dibakar, boleh kelar-kelar peha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.



Savoury Marinated steak

Bahan-bahan perap:
1. 180gm Striploin beef
2. 1 sudu makan herba campur
3. 1/2 sudu makan paprika
4. Garam secukup rasa
5. Lada sulah secukup rasa
6. Perapkan selama lima minit

Bahan sos savoury:
1. 3 sudu makan sos BBQ
2. 1 sudu makan serbuk lada hitam
3. campur kedua-dua bahan kacau sehingga sebati.

Cara masak:
1. Gaulkan kepingan daging bersama bahan perapan. Perap selama lima minit.
2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
3. Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiasakan dengan kentang panggang, cili bangala panggang, hirin lemon dan salad segar.

Info chef: Jika suka boleh juga ditambah dengan jagung dan kentang putar. Ikut selera anda.


Sumber - Rasa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli