Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahniah, Dengan Hanya RM25 Anda Telah Berjaya Membuatkan Diri Anda Menghampiri Maut

5 ulasan

Macam-macam cara yang manusia sanggup buat untuk kurus dan nampak cantik. Walaupun ada cara selamat, namun kerana mahukan kesan segera mereka sanggup mengambil pelbagai ubat-ubatan dan produk kesihatan yang ditawarkan di pasaran. Yang peliknya, ramai tidak mengendahkan sama ada produk tesebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak kerana terpedaya dengan 'keberkesanannya'.

Sehinggalah dah jadi sesuatu, baru la nak jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Macam kisah yang dikongsikan oleh Dr Zuriyati Zakaria ini. Jom ikuti perkongsiannya di bawah supaya perkara yang sama tidak berulang kepada anda.

Tahniah, Dengan Hanya RM25 Anda Telah Berjaya Membuatkan Diri Anda Menghampiri Maut

Jumpa seorang pesakit yang sihat walafiat sebelum ini mengadu hampir pitam bila bangun tidur pagi tadi, jantung berdebar-debar, kebas kaki tangan muka, sejuk.

Pesakit perempuan umur 38 tahun, telah memakan sebiji ubat kurus ini selama 7 hari yang dibeli di mall dengan harga RM25 sekotak. BP 130/95 HR 110bpm dan ECG changes.



Saya terus bagitahu pesakit,nasib ada symptom datang jumpa saya. Kalau terus meninggal tak sempat kurus? Pesakit sengih seperti kerang busuk.



Dr Zuriyati Zakaria

MBChB University Of Leicester
Pegawai Perubatan bertauliah KKM

Info Tambahan :

Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat (AS), menasihati pengguna daripada menggunakan produk kesihatan tersebut yang didakwa mampu mengurangkan berat badan.

Ujian makmal yang dilakukan oleh FDA mendapati produk tersebut mengandungi sibutramine. Sibutramine adalah bahan kawalan yang sudah pun dilarang daripada dipasarkan di negara itu sejak tahun 2010 lagi.

Kandungan sibutramine berbahaya buat pengguna kerana ia menyebabkan tekanan darah dan nadi meningkat. Malah ia turut mempunyai risiko yang tinggi jika pengguna mempunyai penyakit berbahaya seperti penyakit penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, arrhythmias, atau strok.

Pengambilan produk kesihatan tersebut yang mengandungi sibutramine juga mempunyai risiko tindak balas dengan produk kesihatan atau ubat-ubatan lain yang di ambil pengguna sehingga boleh membahayakan nyawa.


Sumber : Dr Zuriyati Zakaria, US FDA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli