Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahap Nikotine Tinggi Sebabkan Darah Dalam Badan Menjadi Pekat

Ditulis oleh Eddy Hassan, 4 Jan 2018
3 ulasan

Dah banyak dah kempen yang dibuat mengenai bahaya merokok dan banyak kali jugalah pendedahan demi pendedahan akibat yang ditanggung oleh perokok. Pelbagai penyakit, sebut saja kanser paru-paru, kanser tekak dan kanser mulut tapi ramai juga tak sedar selagi tak kena dekat batang hidung sendiri.

Kalau kira sehari berapa batang, mungkin ada yang kata sikit sahaja. Tapi kalau campur hari-hari, darab pula berapa tahun dah merokok, bayangkan lah berapa banyak dah bahan kimia yang kita 'telan' secara sukarela tu. Macam kisah yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad ini, kisah seorang pemuda yang mengadu sakit tapi tak sedar sakit tersebut akibat tabiat merokoknya.

Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

Pagi ini saya agak sibuk. Ada seorang pesakit. Umur masih muda. 21. Mengadu sakit kepala. Sampai tengkuk.

Saya bau rokok kuat. Bila bercakap je pun hidung saya sudah terhidu. Saya tanya berapa batang sehari isap rokok?

Dia kata tak terhingga banyaknya.

Saya gelak. Boleh tahan loyar buruk.

"Betul doktor. Saya hisap sejak zaman sekolah"

Sehari berapa batang?

Satu kotak. 20 batang.

Wow kalau 5 tahun. 20 X 365 X 5. Banyak juga.

Patutlah sakit kepala. Tahap nikotine yang tinggi boleh menyebabkan darah lebih pekat. Itu salah satu punca sakit kepala.

Tapi tekanan darah normal.

Tapi saya tak terperanjat dalam masa 5-10 tahun lagi, dia semua ada penyakit 4 serangkai. Darah tinggi, kencing manis, kolestrole tinggi dan gout.

Saya nak nasihat pun kena berhati-hati. Hikmah. Orang muda sekarang tak suka kena lecture. Rebellion. Makin kuat hisap rokok nanti. Adoi.

Tapi kalau saya tak bagi nasihat, siapa lagi. Kesian, rasa macam nasihat pada anak sendiri pula.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "