Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Kejam, Sanggup Beli Ubat Gugurkan Kandungan Dan Paksa Isteri Telan Kerana Tak Mahu Zuriat Sendiri

2 ulasan


Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap keluarga. Bukan semua orang berpeluang menikmati rezeki kurniaan Allah itu. Namun, ada juga manusia yang tidak tahu bersyukur kerana menolak zuriat yang dikurniakan. Tidak masuk akal, namun itulah realiti yang terjadi.

Kisah yang ingin dikongsikan penulis, pasti membuatkan pembaca terkedu. Bagaimana sanggupnya hati seorang lelaki yang bergelar ayah tergamak mahu ''membunuh'' darah dagingnya sendiri. Tidak layak dipanggil manusia kerana berperangai binatang. 

Anak yang tidak berdosa, menjadi mangsa. Kasihan pada isteri yang terpaksa menanggung derita atas sikap suami. Jika anak-anak ini membesar, alangkah hancurnya hati mereka jika tahu pernah cuba "dibunuh' oleh si ayah sendiri.

Jom kita baca kisah di bawah yang dikirimkan oleh seorang pembaca di facebook melalui Group Info Ibu Hamil. Beratnya ujian yang dipikul, suami dianggap sebagai pelindung tapi sebaliknya berlaku. Moga wanita ini terus tabah dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak.

Assalamualaikum... Kalau sudi nak share kisah sy ni... Sila kan.... 

Sy tengah pregnant anak yang kedua 7week... anak sulung baru 18 bulan... Dulu masa sy pregnant yang 1st baby... Suami suruh sy gugur kan... 

Tapi sy pertahankan smpai la sy bersalin... Tapi kesannye bila anak da lahir... Anak langsung tak nak dengan bapaknya... Menangis macam nampk hantu dekat bapak sendiri... Mungkin sebab baby boleh tahu dari dalam perut orang tu tak nak and tak suke die... 

Gambar Hiasan

Sekarang bila sy positive pregnant lagi... Suami saya mmg tak nak sangat.... Die belikan ubat makan untuk sy... Paksa sy makan... Sedangkn die tahu sy alahan pada ubat... Die yang masuk kan dalam mulut ni paksa untuk makan... Menitik air mata... Sedih Allah saje yg tahu... 

Gambar Hiasan

Sy dah merancang... Sy tak boleh makan ubat sebab alahan... Sy tak boleh pakai IUD sebab period 7 bulan tak datang... lepas ni kalau makan ubat tak jalan... suami akan bawak pergi cuci...

Sebenarnya sy da tak boleh pandang muka suami sy... sy rasa die sangat kejam... Sy dalam diam da buat buku cek baby tiap-tiap bulan dekat KK.. Da start amik vitamin untuk baby... Luluh hati sangat bila bapak sndiri tak nak dengan zuriat die... 

Sy redha ujian Allah nak untuk sy... Semoga suami sy ni dapat hidayah dari Allah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli