Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sepantas Kilat Dia Ragut Gelang Anak Saya'' Bayi 1 Tahun 6 Bulan Jadi Mangsa Ragut Di Pusat Membeli Belah

Ditulis oleh Sha Rossa, 29 Jan 2018
3 ulasan

Kejadian jenayah ragut di negara kita semakin menjadi-jadi. Peragut semakin berani melakukan perbuatan itu di tempat awam tanpa rasa takut, membimbangkan ramai pihak. Tidak mengira mangsa, setiap orang boleh menjadi sasaran peragut walaupun anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Terbaru, tular di laman facebook perkongsian daripada Izuera Azemi tentang pengalaman ngeri anaknya diragut di sebuah pusat membeli belah. Peragut yang bergerak dalam satu kumpulan ini sangat licik kerana dapat mengaburi mata orang lain dengan lakonan mereka. Walaupun berjaya melepaskan diri, rakaman cctv di kawasan tersebut berjaya membuktikan semuanya.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga menjadi pengajaran untuk ibu-bapa di luar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak walau di mana jua. Jenayah tidak mengenal mangsa. Moga bermanfaat.

Kejadian ragut kanak-kanak 1 tahun 6 bulan di pusat membeli-belah 27/1/2018. Kejadian terjadi sekitar pukul 3.45 petang...

Sebenarnya, dari dalam kedai serbaneka tu lagi suami dapat rasa seperti didalam pemerhatian seseorang... Ketika itu saya sedang memilih baju... Suami pula melayan anak di bahagian mainan kanak kanak.. Tiba tiba ada barangan kotak terjatuh... Saya ingatkan anak yang jatuhkan..tapi suami kata bukan... Kemudian sales girl datang susun...

Ketika kami masih lagi memilih pakaian, kotak tersebut jatuh lagi.. Saya sempat berkata kepada suami peliknya kenapa asyik jatuh je kotak kotak tu.. Seolah olah sengaja di jatuhkan untuk tarik perhatian suami supaya tinggalkan anak untuk susun kotak dan saya leka memilih baju..namun suami tetap bersama anak dan sales girl yang datang susun..

Selesai pilih baju, saya lalu di bahagian mainan kanak kanak, ketika itu saya pula yang rasa di perhatikan kerana ketika itu saya pula yang bersama anak... Tapi saya fikir dia adalah sales girl di bahagian itu... Wallahualam..

Kami kemudian beratur di kaunter... Mesin kaunter pulak problem dan resit habis.. Masa di kaunter, tiba tiba beberapa orang masuk ke kedai dan berlegar2 di tepi saya yang sedang mendukung anak.. Mereka berlakon seolah2 sedang pilih barang di tepi saya..

Oleh kerana lambat menunggu resit baru nak di isi, saya tinggalkan suami di kaunter dan mendukung anak ke kawasan lif di luar kedai.. Letih mendukung, saya pimpin anak ke lif yang lebih dekat dengan kedai tersebut.. Ketika ini lah, kejadian berlaku.. Sepantas kilat, ketika saya leka memadang lif (tangan masih memegang erat tangan anak), anak menangis sekuat hati.. 

Saya terkejut terus melihat badan dia kalau kalau terkena sesuatu yang menyakitkan. Terpandang tangan dia yang tiada gelang dan dia pula seakan menunjuk ke arah luar (mungkin memberitahu ada sesorang telah mengambil gelang dia) sambil menangis yang sangat kuat..

Saya segera memangil suami yang masih di kaunter kedai, dia bergegas dapatkan saya dan anak dan saya beritahu gelang anak hilang. Dia segera mendukung anak dan mencari sekeliling orang orang yang mencurigakan namun semua seakan tiada apa apa.. Kami bertanya kaunter kedai terbabit di mana security dan terus melihat cctv terdekat, dan bernasib baik, ada satu cctv pada kawasan lif tersebut.. Segera kami ke ground floor memberitahu kejadian... Lantas kami di bawa ke pejabat security di basement dan membuat laporan..

Anak di beri rawatan ice pack sejuk di bahagian tangan untuk melegakan..suami dan beberapa security pergi semula di kawasan kejadian, dan balik semula ke pejabat security. Kami di tunjukkan oleh ketua security yang bertugas rakamn cctv.. Ternyata, yang tiba tiba datang sekumpulan di kaunter kedai itu adalah kumpulan yang meragut gelang emas anak saya... Sungguh terkejut melihat rakaman cctv itu.. Mereka memang sudah menghampiri kami... Berlakon konon ingin membayar di kaunter juga.. Seorang perempuan berbadan gempal, seorang lelaki kurus memakai topi dah sling beg.. Seorang wanita muda yang sedang mendukung kanak2.. Mereka seolah2 satu kumpulan.. Dari cctv itu mereka besar kemungkinan bukan warganegara malaysia...

Dalam rakaman cctv itu, ketika saya keluar tinggalkn suami, mereka juga beredar perlahan lahan... Ketika saya datang balik ke arah lif yang lebih dekat dengan suami, ketika itu lah, perempuan berbadan gempal menghampiri anak saya dan menarik gelang tersebut... Pada waktu yang sama, perempuan muda mendukung kanak kanak dan lelaki kurus lalu di sebelah saya seolah2 nak menaiki lif (berlakon untuk mengaburi mata saya supaya tidak toleh ke belakang) .. Kejadian terlalu cepat.. Sehingga saya tak dapat mengesan siapa peragut di sekitar saya...

Alhamdulillah Allah selamatkan anak saya dari terjadi apa apa.. Kejadian yang sungguh mengekutkan... Iya salah saya kerana terleka seketika ketika di depan lif tapi saya tak lepaskan tangan anak.. Masih erat memegang tangan dia.. Pesan saya, jangan sesekali pakaikan gelang atau sesuatu yang menarik perhatian peragut.. Tak kira emas betul atau emas tiruan, selagi ia menarik perhatian penjahat, anak kita semua dalam bahaya! Sentiasalah alert apa apa kejadian yang mencurigakan di sekeliling kita..

Kami sudah membuat laporan polis juga.. Urusan laporan polis selesai jam 8 malam di IPD Dang Wangi..walaupun peluang mendapat semula gelang emas tipis, kami tak kisah.. Asalkan pelaku dapat ditangkap.. Selagi mereka masih di sini, ramai lagi yang akan menjadi mangsa... Kami diberitahu pegawai polis, Beratus kes ragut dan samun setiap hari.. Jadi dengan jumlah kes yang banyak seperti ini, kita sendiri yang perlu banyak aware dan alert dengan keadaan sekeliling yang sememangnya tidak selamat!

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil pengajaran dari pengalaman ini.. Hilang barang boleh diganti, hilang anak tiada ganti!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja loh.. mari daftar

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "