Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selalu Menangis Bila Lihat Keputusan Akademiknya, Walau Lemah Tapi Anak Ini Kini Mungkin Bakal Hafiz 30 Juzuk Al-Quran

4 ulasan

4 Jan - Setiap ibu bapa mesti ingin melihat anak-anaknya memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka jatuh dan gagal.

Tidak semua anak di dunia ini Tuhan kurniakan hebat dalam akademik. Kadang-kadang Tuhan lahirkan anak itu ke bumi bertuah ini sebagai seorang yang mahir dalam perkara yang berlainan.

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T. Seharusnya sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, corakkanlah masa depan mereka sebaiknya.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Asnizan Abdul Latip berkongsi kisah sayu anaknya yang lemah dalam akademik. Menurut Asnizan, pelbagai cara telah diusahakan untuk meningkatkan prestasi anaknya itu namun semuanya gagal.


Setiap kali melihat keputusan peperiksaan anaknya itu, pasti dia akan menangis. Ketika sesi bertemu guru untuk mengambil rekod prestasi anaknya itu juga si ibu menangis di hadapan guru tersebut.

Buntu fikiran ibu dan ayah ini untuk membantu anaknya itu. Sehinggalah ketika berbincang dengan guru kelas anaknya dan bertanyakan pendapat untuk menghantar anaknya itu ke sekolah tahfiz.

Bermula dari saat itu, Asnizan terus mencari sekolah tahfiz terbaik yang ada di Malaysia. Mungkin dengan cara ini dia dapat mengubah anaknya itu menjadi seorang yang bijak.

Ikuti kisah penuh yang diceritakan sendiri oleh ibu kepada anak ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana agar tidak berputus asa dalam mendidik anak menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air.


Muhammad Ilham

11 Tahun

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last. Usaha ibu ayah hantar ke kelas tuisyen sama dengan kakaknya pun masih sama. Tiada beza. Cuma yang berbeza adalah penerimaan ibu dan dia sahaja.

4 Tahun baru ibu redha, rezeki abang bukan dalam akademik. Setiap kali tengok result, ibu buat mata macam pontianak harum sundal malam. Pertengahan tahun hari tu, masa jumpa guru nak tengok report card, hati kau sebagai ibu berkecai. memang result itu lah setiap yang dapat. 




"Macam mana saya nak buat dengan anak saya ni cikgu"

Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab tiada ibu bapa lagi dah selepas aku. Ibu bapa juga double standard kan anak-anak. Mungkin diorang dah redha.

Aku tak boleh, itu anak aku. Takkan aku nak biarkan anak aku macam tu.

"Saya dah buat sehabis baik dah cikgu, apa yang kakak dia dapat dia tak dapat"

"Cikgu boleh ke saya bawak dia keluar dan masukkan ke sekolah tahfiz? sekurang-kurangnya dia dapat sesuatu dari dia tak dapat apa langsung."



Start dari saat itu, aku mula cari skolah tahfiz yang terbaik. Tanya kawan, tanya kakak. Last kakak cakap, "kau cari as-sofa."

Start la research sikit tentang As-sofa dan terus telefon. Bulan 9 ada interview. Isi borang online terus hantar. Setiap hari berdoa suapaya dipermudahkan laluan ke sekolah tersebut.

Alhamdulillah, laluan sangat mudah. Sesi interview pun diterima. Ada jugak murid yang tak diterima tapi dah rezki tertulis dia terima di As-Sofa.

Hari ini dada ibu sebak, sesak dan ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ini ibu menangis jugak, tumpah juga air mata ibu. Sepanjang perjalanan balik dari Seremban ke Kajang, airmata tak berhenti mengalir. Ayah pun sama. 




Nasiblah tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yang mengalir. Bukan nak promote, tapi material tudung ini penyelamat sebagai tisu.

Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak mampu dan tak semua ibu bapa tabah.

Allah, berikanlah anak ini terus istiqomah menjaga agama mu.

Jadikan dia anak yg soleh yg boleh membawa ayah dan ibu ke syurga.

Jadikan dia anak yg membantu seluruh keluargaku ke syurga.

1/1/2018
Tahfiz Rendah Assofa Seremban.
Ibu dan ayah.
Zulkipli dan Ainizan 







Sumber: Asnizan Abd Latip
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam
  4. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli