Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sedih Tak Ada Orang Sambut Hari Jadi Korang? Ini Cara Bagaimana Untuk Sambut Hari Jadi Seorang Diri Yang 'Heaven'

No Comment

29 Jan - Sudah menjadi kebiasan di negara ini menyambut ulang tahun hari kelahiran bersama-sama keluarga, saudara-mara ataupun rakan-rakan.

Majlis sambutan hari lahir itu juga pasti akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu, sesi memotong kek dan tetamu juga tidak lupa untuk membawa hadiah untuk anda.

Berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila beliau mengambil keputusan untuk meraikan hari lahirnya seorang diri di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Beliau yang dikenali sebagai Alyssa Zainal membuat keputusan itu dengan memulakan sambutan hari lahirnya dengan membeli sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada dirinya sendiri di Petaling Street.


Selepas itu, beliau juga mengambil keputusan untuk membeli-belah di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan disitu juga terdapat beberapa restauran dan kafe yang cantik dan menarik untuk dinikmati hidangannya.
  

Kemudian, Alyssa telah pergi sebuah kafe yang menyediakan secawan kek percuma pada hari lahir pelanggannya. Menurut Alyssa, tidak semua restoran menyediakan pakej seperti itu, jadi gunakan kelebihan hari lahir anda sebaik mungkin.


Selepas selesai Alyssan menjamu selera, beliau meneruskan sambutan hari lahirnya dengan mengunjungi Balai Seni Negara. Di situ banyak aktiviti menyeronokkan dan boleh mengambil beberapa keping gambar yang menarik.


Beliau mengakhiri sambutan hari lahirnya dengan menonton sebuah teater dan kebetulan Alyssa memang perlu menonton teater tersebut bagi melengkapkan tugasannya sebagai salah seorang pelajar.

 Begitulah kesudahan sambutan hari lahir Alyssa Zainal seorang diri. Mungkin perkara sebegini aneh di mata masyarakat. Namun, kadang-kala anda lebih selesa melayan diri anda seorang diri dan meluangkan masa sepenuhnya secara bersendirian.

Mungkin selepas ini, ramai individu yang akan mengikut apa yang dilakukan oleh Alyssa ini untuk melayan dan menyambut hari lahir diri sendiri secara berseorangan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli