Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayang Nak 'Leave Game', Anak Menangis Separuh Mati Dalam Bilik, Suami Buat Tak Tahu Main 'Mobile Legend'

Ditulis oleh seventeen century, 10 Jan 2018
2 ulasan

10 Jan - Kes berkaitan suami yang taksub dengan permainan online ini sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami sudah sering sekali berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Bukan sahaja di media sosial, malah perkara seperti ini juga turut berlaku di sekeliling kita. Tidak salah untuk suami bermain permaianan online seperti Mobile Legend ini, tetapi biarlah kena dengan masa dan keadaan.

Jangan hanya disebabkan permainan itu sahaja menyebabkan rumah tangga menjadi huru-hara dan tidak terurus. Di luar negara juga berlaku perkara seperti apabila suami sanggup mengusir isterinya keluar dari rumah hanya kerana permainan online yang tengah hangat di kalangan penggemar permainan video atas talian ini.


Menerusi entri terbaru daripada laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), seorang isteri mengadu kepada KRT bahawa sikap suaminya yang tidak mengendahkan anaknya yang sedang menangis dan leka bermain permainan video tersebut.

Menurut isterinya, dia yang baru sahaja dapat melelapkan mata selepas seharian berjaga dari pukul 4.30 pagi dikejutkan dengan tangisan anaknya yang juga baring disebelahnya. Suami yang leka di ruang tamu dengan telefon bimbitnya langsung tidak mempedulikan tangisan anaknya yang semakin kuat.

Jom ikuti cerita seorang isteri yang kecewa dengan sikap suaminya yang hanya leka bermain permainan video atas talian. Semoga memberi pengajaran kepada suami-suami di luar sana. Semoga bermanfaat.

Assalammualaikum admin semua, tolong siarkan screenshot sekali ye min,. Kisahnya malam tadi bengang gila dengan laki aku. Pukul 11 lebih macam tu anak aku tengah tidur, tiba-tiba menangis kuat, mimpi buruk agaknya.

Aku di sebelahnya tengah tidur dan mamai-mamai ni tepuk-tepuk la pujuk anak aku, tapi tetap menangis jugak. Sampai ligat anak aku menangis baru aku tersedar dari mamai aku (penat sangat sebab 10 lebih baru dapapt tidur).

Laki aku pula dekat ruang tamu, dengar anak aku separuh mati menangis buat bodoh je, sikit pun tak kisah (sebab fokus main mobile legend jahanam tu). Mahu tak bengang aku, baru nak lelap anak menangis tapi suami tak nak tolong tengokkan. penyudahnya, aku dukung anak bawa ke ruang tamu aku cakap "abang tak dengar ke anak menangis?" Laki aku jawab "sayang kan boleh handle."



Dalam hati aku geram betul, sebabkan game itu langsung tak boleh lebih kurang tolong tengokkan anak. Stop kejap pun tak boleh. Bila tentang cari duit tahu pulak suruh isteri cari duit sama-sama. Bila dah penat tak sanggup nak tolong.

Tak tau ke bini dari 4.30 pagi dah bangun dan tak rehat, 10.30 malam barulah dapat tidur. Fedup betul dengan laki macam ni. Fikir diri sendiri je sedap. Time susah taknak sama-sama. Elok game tu je kejut dia pagi-pagi, masakkan untuk dia, lahirkan anak dia dan buat semua kerja rumah.

Geramnya aku, entah pukul berapa la dia tidur malam tadi. Pagi tadi bila aku kejutkan dia pergi kerja dia tak nak bangun dan tak pergi kerja. Lantaklah, malas nak fikir. Aku siap-siap hantar anak terus pergi kerja. Aku fed up. Sorry luahkan perasaan je. Aku kalau bengan dengann laki aku dalalm whatsapp je berani cakap macam tu. Depan-depan tak berani kena penampar nanti.

Apa yang aku tak puas hati aku luahkan dekat whatsapp je. Okaylah, tu je nak luahkan, aku penat dan terima kasih admin.
 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "