Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Dah Pesan Jangan Cakap Pasal Dato' Najib, Tengok Rambut Anak Kita Dah Kenan", Bapa Ini Kongsi Kisah Lucu Isterinya Dalam Bilik Bersalin

Ditulis oleh farra vy, 18 Jan 2018
2 ulasan


Pasti ramai yang pernah mendengar tentang kenan kan?  Kenan diguna sekiranya terdapat kejadian luar biasa yang terjadi kepada bayi yang baru dilahirkan.

Bila sahaja perkara ini terjadi kepada bayi, mulalah ibu bapa atau ahli keluarga mencari penyebab kepada punca mengapa bayi berkenaan dilahirkan dengan 'kenan' yang demikian.

Kenan ini berkait rapat dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh ibu semasa frasa mengandung atau boleh juga terjadi kepada bapa anak tersebut yang berkenan dengan sesuatu tak kira objek, manusia atau binatang.

Kenan tak semestinya tidak cantik, ada juga kenan yang cantik seperti bayi yang dilahirkan rupanya seperti 'oppa' K-Pop kononnya sewaktu kehamilan, ibu itu menghabiskan masanya menonton drama bersiri Korea melihat pelakon-pelakonnya yang cantik dan kacak.



Lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata 3 bulan lepas.  Kelvin melalui laman Facebooknya berkongsi gambar anaknya yang dikatakan kenan dengan Perdana Menteri kita sekarang, Dato' Seri Najib.  Mari kita baca kisah lucu yang dikongsi daripada Adam Kelvin ini.

Teringat balik masa mula-mula anak saya dilahirkan bulan 3 tahun lepas. Keadaan masa tu amatlah kelam kabut. Air ketuban isteri saya dah pecah masa dalam wad bersalin. Dengan labor room penuh. Nurse menjerit panggil doktor. Sebab bukaan dah penuh. Doktor bersiap sedia untuk menyambut kelahiran bayi. Saya jadi panik tapi hanya mampu berdoa moga dipermudahkan. Last minute, alhamdulillah ada labor room kosong. Masa dalam labor room, semua nurse, bidan dan doktor bagi semangat kat isteri saya suruh push keluarkan baby.

Saya jadi blur sangat dan hanya menurut kata.

"Puusshh..fafa. Kepala anak kita dah nampak."

Sambil lap peluh didahi sebab ketakutan tengok darah banyak. Tak lama kemudian, lahirlah cahaya mata kami. Saya pulak jadi emosional. Tak percaya anak saya sudah ada didepan mata.

Tapi drama tak habis kat situ wei. Lepas saja nurse selesai mandikan anak saya, tiba-tiba isteri marah saya kat labor room tu.



"Jun Guang!! Tu laaa saya dah pesan jangan cakap pasal najib masa saya pregnant dulu! Tengok ni, anak kita rambut macam pak najib!!! Tengah-tengah tak ada rambut. Kiri kanan je ada rambut sikit. Huaarrgghh"

Menangis macam budak-budak isteri saya masa tu. Saya jadi speechless. Selama ni saya ingat isteri saya main-main je cakap pasal kenan ni. Tak sangka betul. Masa tu saya baru tahu erti penyesalan.

Haha.. Daahh satu hal pulak saya nak tenangkan dia lepas bersalin. Ingatkan dia nak cakap anak kami comel ke apa. Atau cakap terima kasih sebab bagi sokongan kat dia dari bukaan awal. Sekali kena marah dalam labor room tu.

Tengah-tengah saya pujuk isteri saya dan minta maaf, rupa-rupanya ada seorang doktor sedang memerhatikan drama kami dari jauh. Beliau datang dan tenangkan keadaan isteri saya dengan berkata,

"Puan, awak patut bersyukur suami awak cakap pasal pak najib je masa awak pregnant. Kalau dia asyik cakap pasal kak ros? Can you imagine macam mana rambut anak awak nanti?"

Huaaarrrgghhh..isteri saya menangis buat kali kedua.

Sekian drama teman isteri bersalin. Bersiap sedialah wahai bakal bapa-bapa sekalian. All the best. Percayalah ia merupakan pengalaman yang tak ternilai harganya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "