Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja 17 Tahun Mangsa Pertama 2018 Kekejaman Tentera Israel Di Palestin

Ditulis oleh Eddy Hassan, 4 Jan 2018

Pasukan bersenjata Israel dilaporkan menembak mati seorang remaja Palestin pada Rabu di pinggir utara wilayah terkepung Tebing Barat, di Ramallah.

Menteri Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa remaja lelaki tersebut berusia 17 tahun dikenali sebagai Musab Firas al-Tamimi yang berasal dari kampung Deir Nitham.

''Musab maut akibat ditembak di bahagian leher oleh tentera Israel.

''Dia dikejarkan ke hospital di Ramallah namun meninggal dunia beberapa minit kemudian,'' kata Maria Aqraa, jurucakap kepada menteri terbabit.

Beliau turut menambah bahawa remaja tersebut ditembak mati kerana terlibat dalam konfrontasi dengan tentera Israel.

Tangisan Saudara Musab, Mangsa Tembak

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Times of Israel, pasukan bersenjata negara itu mendakwa Musab dilihat ''seolah-olah memegang sepucuk pistol'', tetapi ketika dia ditembak mati mereka ''tidak dapat mengesahkan sama ada al-Tamimi mempunyai senjata atau tidak''.

Seorang jurucakap tentera memberitahu media bahawa pihak mereka kini sedang menyiasat kejadian tersebut.

Musab bersama-sama keluarganya tinggal di kampung berhampiran dengan Kampung Nabi Saleh, dimana seorang aktivis remaja perempuan terkenal ditahan oleh Israel 19 Disember lalu.

Aheh Tamimi dirakam menampar seorang tentera Israel di luar rumahnya setelah tentera tersebut menembak muka sepupu perempuannya yang berusia 15 tahun dengan peluru getah.

Keluarga Tamimi sudah menjadi mangsa penganiayaan rejim Zionas sejak sekian lama termasuklah beberapa orang anggota keluarga ditahan dan dibunuh ketika berlangsungnya protes menentang tindakan Israel merampas tanah mereka untuk didirikan penempatan haram Israel di Halamish.

Firas, ayah kepada Musab memberitahu Al-Jazeera bahawa tentera Israel telah mencetuskan provokasi dengan penduduk di kedua-dua buah kampung sejak sekian lama.

Firas

Katanya lagi, tentera Israel menggempur perkampungan meeka, Deir Nitham kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) pada Rabu selepas beberapa orang remaja lelaki keluar melakukan protes terhadap mereka.

''Mereka menggempur Deir Nitham dan Nabi Saleh sehari suntuk. Mereka mencetuskan provokasi, membuatkan penduduk merasa tidak senang, menyerbu rumah kami pada waktu malam dan melontarkan bom di jalan. Ini adalah realiti yang kami perlu lalui setiap hari.

''Kami tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja. Tiada sesiapa pun pedulikan keadaan kami dan tiada sesiapa pun merasai keperitan yang kami lalui. Dunia hanya memerhati tanpa kata-kata,'' katanya lagi.

Sejak pengumuman pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dibuat oleh Donald Trump, 6 Disember lalu, sekurang-kurangnya 16 orang warga Palestin disahkan terkorban selepas dibunuh oleh tentera Israel semasa protes besar-besaran membantah keputusan tersebut.

Kematian Musab, menjadikannya adalah mangsa pertama kekejaman rejim Zionis pada tahun 2018.

Sumber : Al-Jazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "