Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasa Kehidupan Yang Sempurna Membosankan, Pasangan Ini Sanggup Menjual Kediaman Mewah Mereka Untuk Mengembara Seluruh Dunia

Dilihat memiliki kehidupan sempurna, pasangan Faye and Matthew mengambil keputusan untuk menjual rumah mewah, kereta dan barangan-barangan mereka untuk mengelilingi dunia bersama lima orang anaknya.

Keputusan dibuat selepas kedua pasangan ini sedar akan kekurangan masa yang diluang terhadap anak-anak mereka, Ralph 9 tahun, Judah 7 tahun, Hunter 4, tahun dan kembar Freddie dan Jasper masing-masing berumur 10 bulan.



"Sesetengah rakan dan ahli keluarga berfikir yang kami gila kerana menjual kesemua harta benda kami.  Menjual rumah yang telah diubah suai beberapa tahun lalu adalah satu keputusan yang sukar dan menyedihkan".

Pasangan itu membuat keputusan selepas anak kembar mereka itu dilahirkan.


"Melahirkan anak kembar sesuatu yang mengejutkan, namun daripada meluangkan masa bersama-sama anak lelaki, saya mendapati diri ini lebih banyak menghabiskan masa membersihkan rumah sepanjang hari dan saya mula terfikir yang saya tidak dapat melihat perkembangan penuh mereka".

Faye berkongsi apa yang dirasakan dengan suaminya, Matt dan dia juga bersetuju bahawa mereka hanya hidup semata-mata untuk membayar segala komitmen serta ingin sering dilihat hidup yang sempurna.



"Apabila kami memberitahu anak-anak, mereka sangat teruja kerana akan mempunyai banyak masa sebagai satu keluarga.  Ia membuatkan kami sedar sebanyak mana mainan atau semahal mana harta benda itu tidak sama nilainya dengan masa yang akan diluangkan bersama anak-anak".



Mereka akan memulakan ekspedisi jelajah dunia pada bulan ini dan negara pertama yang akan mereka pergi adalah Sweden.

"Anak-anak akan merancang tempat destinasi dan kami berharap untuk melihat Eropah dan dua tahun seterusnya perjalanan kami akan sampai ke Jepun, Amerika, Bali dan Thailand.  Walaupun mereka tidak ke sekolah, Faye dan saya rasakan mereka akan lebih banyak belajar sepanjang pengembaraan ini".



Menurut pasangan ini, mereka tidak akan menyesal dengan keputusan ini namun akan lebih kecewa jika tidak melakukannya.
Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli