Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Punca Stress Belajar, Pelajar Dakwa Diculik Van Putih Mengaku Reka Cerita



Jumaat lalu gempar apabila seorang pelajar lelaki mendakwa dirinya telah diculik oleh 3 lelaki menaiki van putih di stesen bas Pandan Indah.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias telah mengesahkan bahawa, pelajar tersebut hanya mereka-reka cerita kerana tertekan disuruh untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengurangkan bermain.

"Tujuan pengadu mereka-reka cerita kerana tertekan tidak dibenarkan banyak bermain sebaliknya, perlu tumpukan perhatian pada pelajaran.

"Di sini, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan cerita yang tidak tentu kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," - Berita Harian Online.

Tular jumaat lalu apabila laporan polis tersebar melibatkan seorang pelajar sekolah yang mendakwa kononnya diculik dan telah menggigit tangan lelaki yang berada didalam van untuk melepaskan diri, sebelum seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang depan turun untuk membuka pintu van. 

Menurut laporan, mangsa juga mendakwa telah menendang penculik tersebut dan mendakwa kecederaan ditangannya adalah disebabkan perlanggaran yang berlaku dipintu sekolah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli