Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam


Sebuah jet yang membawa seramai 168 orang penumpang hampir menjunam ke laut selepas tergelincir daripada landasan berais ketika ingin mendarat di lapangan terbang turki.



Seluruh anak kapal Boeing 737-800 panik kerana pesawat betul-betul menggelongsor di pinggir Laut Hitam.

Mereka bernasib baik kerana tayar pesawat tersebut diselaputi lumut ais ketika meninggalkan Lapangan Terbang Trabzon, dimana ia menghalang pesawat terbabit daripada meluncur terus ke dalam laut.



Pegasus Airlines telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku kepada kesemua anak kapal.  Menurut laporan, enjin kiri pesawat tersebut telah tercabut semasa kemalangan berlaku.



Rakaman dramatik menunjukkan terdapat asap keluar daripada kabin dan terdengar suara anak-anak kapal yang menangis ketakutan akibat daripada kemalangan terbabit.



Salah seorang penumpang, Fatma Gordu berkongsi detik cemas tersebut berkata, "kedudukan kami condong ke sisi, bahagian depan pesawat menurun sementara bahagian belakangnya terjongkit keatas, orang ramai menjerit-jerit ketakutan."
Rentetan kemalangan terbabit, lapangan terbang itu telah ditutup sementara sebelum dibuka semula pada pagi Ahad lepas.




Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli