Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjawat Awam, Pesara Terima Bonus Hari Ini - Datuk Seri Najib Razak

Ditulis oleh farra vy, 8 Jan 2018

Hasrat kerajaan dalam membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup dilaksana dengan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam dan RM750 bagi pesara.

Pemberiaan bayaran khas sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan dengan peningkataan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berkongsi melalui laman Twitternya malam tadi, "Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan".



Keputusan telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada 27 Oktober lalu.  Menurut beliau, bayaran khas bagi penjawat awam, RM1,500 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan bakinya menjelang aidilfitri.

Bagi pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang aidilfitri.


Siakapkeli.my

Sumber: Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "