Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasukan Johor Darul Ta'zim Jana Pendapatan RM1.2 Juta Hasil Penjualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancarannya.


13 Jan - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi terbaru untuk musim baru Liga Malaysia 2018 di Dataran Bandaraya, Johor semalam.

Pelancaran yang disempurnakan oleh Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan disambut meriah seluruh rakyat Johor walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan renyai.


Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata pihaknya amat berbesar hati menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang cemerlang di Malaysia.

"Jersi baharu musim ini agak istimewa kerana didatangkan dengan tiga warna iaitu merah bagi perlawanan di tempat lawan, biru bagi tuan rumah dan jersi alternatif berwarna biru cair," katanya

Jersi baru JDT itu akan digunakan sepanjang musim Liga Malaysia 2018 termasuk pasukan JDT II di Liga Perdana, JDT III di Piala Presiden dan JDT IV untuk Piala Belia.


Dalam entri terbaru laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST) baru sahaja mengumumkan bahawa pasukan JDT menjana RM1.2 juta hasil daripada penjualan jersi pada hari pelancaran tersebut.

Menurut entri tersebut, JST mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong Harimau Selatan itu kerana terus setia menyokong setiap usaha yang dilakukan pihak pengurusan demi memacu lebih kejayaan di masa akan datang.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli