Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

NASA Sahkan Asteroid Sebesar Burj Khalifa Tidak Akan Merempuh Bumi Untuk 100 Tahun Akan Datang


25 Jan - Baru-baru ini Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mengesahkan bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang 'berpotensi bahaya' yang sedang bergerak dengan kelajuan 122.310 kilometer sejam.

Asteroid yang dikenali sebagai 2002 AJ129 itu dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj Khalifa, di UAE yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 kilometer daripada planet kita.


Menurut NASA,walaupun jarak laluan asteroid ini melebihi 10 kali ganda antara jarak Bumi dan Bulan, ia masih berada pada parameter yang 'berpotensi bahaya' (yang mana klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta kilometer dari bumi).

"Asteroid itu berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi.


"Kedudukan itu merupakan kedudukan paling dekat jika dibandingkan dengan objek lain yang melalui bumi pada ketika itu.

"Kami telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.

"Berdasarkan pengiraan kami, asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi untuk merempuh bumi pada 4 Februari ini malah untuk 100 tahun akan datang," kata Paul Chodas dari Institut Teknologi California NASA.


Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli