Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Nak Kurus VS Nak Mati," Bahayanya Sibutramine Dalam Sesetengah Ubat Pelangsingan Yang Ada Dalam Pasaran

Ditulis oleh seventeen century, 17 Jan 2018

16 Jan - Di dalam pasaran atas talian ketika ini, pelbagai produk untuk turunkan berat badan yang dijual melalui Fcaebook dan Instagram.

Lambakkan produk ini jugak kerana sudah menjadi trend masa kini untuk rakyat Malaysia turunkan berat badan tetapi mahu hasilnya dalam jangka masa yang singkat.

Siapa yang tak mahu jadi kurus dan bergaya kan. Tapi tak ramai yang mahu bersusah-payah untuk menjadi kurus. Kebanyakannya mahu melihat hasil dengan sekelip mata sahaja.

Harus diingat, bukan mudah untuk buang lemak yang telah bertahun-tahun di dalam badan dan bukan susah untuk menjadi gemuk semula.

Tahukah anda, ada beberapa bahan di dalam ubat kurus yang sangat merbahaya untuk kesihatan? Antara bahan yang dimaksudkan ialah Sibutramine.

Seorang doktor yang bernama Dziehan Mustapa, dalam entri terbaru menerusi akaun Facebooknya menerangkan bahayanya sibutramine untuk badan manusia.

Menurut Dziehan, kebanyakkan produk kuruskan badan di Malaysia telah dicampur dengan bahan sibutramine.

Apa itu sibutramine? Sibutramine ialah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti yang dahulunya diiktiraf oleh kebanyakkan negara.

Tetapi, sibutramine telah ditarik semula pendaftarannya di Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan di Malaysia pada tahun 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan sampingan kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar (strok).

Tambah Dr Dziehan lagi, kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah, peningkatan tekanan darah, peningkatan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah-muntah dan cirit birit.


Kesan sampingan sibutramine ini juga boleh mencapai tahap kritikal sehingga berisiko diserang penyakit sawan dan pendarahan.

Berikut adalah perkongsian yang dikongsi oleh Dr Dziehan Mustapa tentang bahaya sibutramine keada pengguna ubat kurus secara tidak terkawal. Semoga bermanfaat.

NAK KURUS vs NAK MATI


Sekarang ini makin banyak produk kurus kita nampak penjualannya di media sosial. Tahukah anda bahawa produk-produk kurus ini ada yang dicampur dengan bahan terlarang. Apakah bahan terlarang itu? Ya, bahan terlarang itu adalah Sibutramine.

Sibutramine ini adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti. NAMUN tahukah anda Sibutramine ini telah ditarik semula pendaftaran/penjualannya (banned) di US pada tahun 2010 dan di Malaysia pada 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan sampingan kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin akhmar (strok).



Kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan Sibutramine adalah, peningkatan tekanan darah, peningkatan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah-muntah, cirit-birit, pening dan sakit kepala dan kesukaran untuk tidur.



Kesan sampingan yang lebih serious (kesan advers) melibatkan Sibutramine yang pernah dilaporkan adalah sawan dan pendarahan.

Maka berhati-hatilah, jangan anda menjadi mangsa produk kurus yang dicampurkan Sibutramine ini kerana ia boleh meragut nyawa anda.Tidak berbaloi hendak kurus akhirnya dapat serangan jantung atau strok yang boleh membawa maut.

Nak kurus? Jaga pemakanan amalkan “suku-suku, separuh” dan bersenam. Kaedah ini lebih selamat dan berkesan. 






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "