Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Razak Luah Rasa Teruja, Kehadiran Alexis Sanchez Bakal Mantapkan Jentera Serangan Manchester United


24 Jan - Dalam jendela perpindahan musim sejuk kali ini, selain daripada perpindahan saga Philippe Coutinho ke Barcelona, pertukaran antara pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan dan pemain Arsenal, Alexis Sanchez juga mendapat perhatian baru-baru ini.

Perkara yang menjadi perbualan hangat ialah pertukaran ini tidak melibatkan transaksi kewangan. Namun, Alexis Sanchez adalah pemain yang paling beruntung apabila beliau bakal menerima bayaran sebanyak £350,000 seminggu dan merupakan kontrak tertinggi pernah ditawarkan di dalam Liga Inggeris (PL).


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang juga penyokong tegar skuad The Red Devils itu turut meluahkan rasa terujanya menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Beliau menyatakan, gandingan serangan Romelu Lukaku, Zlatan Ibrahimovic, Anthony Martial, Marcus Rashford ditambah pula dengan Alexis Sanchez bakal setanding dengan gandingan veteran seperti yorke, Cole, Sheringham dan Solkjaer satu ketika dahulu.


Status terbaru Twitternya itu telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan ramai diantara mereka memberikan respon masing-masing.

Perpindahan Alexis Sanchez ke Old Trafford telah menjadi bualan peminat sukan bola sepak berbanding perpindahan Mkhitaryan ke Arsenal.

Hal ini mungkin kerana Alexis Sanchez menolak tawaran dari pendahulu Liga Inggeris, Manchester City dan memilih United sebagai destinasi terbarunya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli