Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masih Ingat Kes Culik Dan 'Psychopath Pedophile'? Penjenayah Masih Bebas, Bila Tengok Di FB, Masih Ramai Ibu Bapa Tak Ambil Iktibar Pun

Ditulis oleh farra vy, 10 Jan 2018
2 ulasan

Apa itu pedofilia?  Seorang pakar seksologi di Universiti Toronto, Dr. Ray Blanchard telah mendapati bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Negara kita pernah dikejutkan dengan beberapa kes yang membabitkan pedofilia ini apabila kesemua mangsa di aniaya dan diakhiri dengan pembunuhan kejam.  Pada 2015 pula, digemparkan dengan kes seorang pelajar Malaysia yang memiliki sejumlah besar gambar dan video pornografi yang disimpan sebagai memenuhi keinginannya.


Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sifat nasfsu terhadap kanak-kanak ini adalah sejenis penyakit mental.  Seiring kepesatan teknologi dan sosial media kini, tanpa sedar ibu bapa telah mendedahkan anak mereka dengan golongan yang berbahaya ini.  Tambahan pula, dengan setiap 'feature' sosial media yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi secara terus juga sebenarnya mengundang bahana.

Kisah paling tragis, terjadi pada tahun 2007 melibatkan seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin yang telah menjadi mangsa pedofilia dan menyumbang kematian yang menyayat hati.  Perkongsian Auni Ben Moshe, mengingatkan kita khususnya ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati dalam mengambil langkah berjaga-jaga daripada kes-kes yang membabitkan pesakit mental seperti pedofilia ini.



Siapa masih ingat kes Nurin Jazlin ?
Seorang mangsa psychopath pedophile yang dibunuh secara kejam selepas didera secara sexual .

Berumur 8 tahun pada 2007.
Dia jadi mangsa Psychopath Pedophile yang sekarang masih bebas lagi dalam malaysia. Kes ni berlaku pada tahun 2007, Nurin dilaporkan hilang waktu keluar pergi kedai dan dijumpai 27 hari kemudian di dalam beg sukan sebagai mayat. Dalam kemaluan nurin telah disumbat Terung dan Timun (bukan terung atau timun, tapi terung DAN timun), Masa pengecaman, Parent nurin tak mengaku yang mayat tu adalah anak mereka, Ini mungkin disebabkan mereka dalam denial (in shock), tak dapat terima hakikat atau kalau kita ikut cerita asal, parent nurin tak boleh cam anak mereka pada masa tu sebab mayat kanak² umur 8 tahun tu dah berubah rupa, ada banyak lebam dan luka kat muka. Parent Nurin cuma redha bila DNA test membuktikan yang mayat tu adalah anak perempuan dia orang.



Now imagine,
Benda ni jadi pada anak kita sendiri, esok hilang and 27 hari kemudian jumpa mayat anak dengan terung DAN timun disumbat dalam kemaluan dengan badan yang banyak kesan penderaan... How would you feel? (I bet you cant even imagine). Parents nurin terpaksa hidup dalam trauma seumur hidup dan tak ada ubat untuk itu and so this is where we should take part, Making our society better and safer for our children.

Apa yang jadi pada Nurin?

1. Kena culik waktu pergi kedai
2. Hilang 27 hari
3. Kena cabul, didera secara sexual .
4. Kemaluan disumbat terung dan timun
5. Brutally tortured, Banyak kesan lebam dan luka dibadan
6. Cuma tuhan saja tahu yang jadi setiap hari sepanjang 27 hari Nurin hilang n apa jenis azab dia dapat waktu bersama dengan pembunuh.
7. Selepas mangsa meninggal, Psychopath tu sumbat mayat Nurin dalam bag buang (atau suruh orang lain buang) dekat kedai shop lot Petaling Jaya.

Sebelum kes nurin, Psychopath Pedo ni dipercayai dah pun culik dan cabul 1 (atau 2) orang lagi kanak² area kampung baru dan nurin antara mangsa yang paling tragis, Psychopath ni masih bebas dan berkemungkinan masih ada dalam Malaysia, Dalam kes Nurin, FBI pun 'turun padang' lepas polis minta bantuan FBI, Even dengan pertolongan FBI, Penjenayah masih gagal dikesan sebab polis kekurangan petunjuk. Antara lead paling penting ialah CCTV footage dengan quality video yang sangat Teruk, Video kemudian dihantar kepada FBI untuk tingkatkan kualiti video. Beberapa orang ditahan dan disoal siasat kemudian dilepaskan sebab polis kekurangan bukti.. Dan penjenayah masih bebas.

Antara benda yang menaikan Nafsu berahi golongan Pedophile, Benda yang selalu kita buat dan terlepas pandang di Media Social:

1. Cerita Lucah yang mengambarkan Kanak-kanak:
Characterize kanak² buat hubungan sexual, fantasi, mengambarkan, kasi gambaran n apa sahaja perbuatan kanak² yang menjurus atau ada element sexual mampu triggers golongan pedophile.



2. Bahan lucah:
Yang boleh menaikan nafsu mereka seperti cerita² lucah, kebanyakan cerita ni memberi 'motivasi' kepada Pedo untuk buat sex grooming terhadap mangsa .



3. Gambar 'candid dan sexy' anak anda:
Contohnya seperti gambar anak tengah mandi kat public swimming pool, tempat rekreasi, dalam bilik air n etc.. Ada antara pedophile yang cari gambar anak² kita, Beronani dengan gambar² tersebut sambil berimaginasi 

4. Make up atau Dress up:
Kanak² kecil yang anda make up dan dress up macam orang dewasa, Pakaikan celak, lipstick, eye shadow n etc juga selalunya membuatkan Pedo bernafsu terhadap anak² .

5. Gambar budak tengah tidur:
Especially budak kecik tidur dalam keadaan yang 'dianggap berani' oleh golongan Pedo seperti tidur terkangkang, keadaan kain, baju, seluar terselak n etc .



6. Dan banyak lagi.



Apa yang jadi bukan nurin Bukan takdir Tuhan macam sesetengah orang n so-called ustaz claim. (Bukan juga Qada dan Qadar). Tapi hasil perbuatan seorang individual, satu bentuk penginayaan yang kita sebenarnya boleh prevent .

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "