Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Makan Pedas Dan Biji Cili Menyebabkan Appendiks? Doktor Ini Kongsi Punca Sebenar Terjadinya Radang Appendiks


3 Jan - Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda. Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah.

Apendisitis atau radang Apendiks merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah.


Adalah dianggarkan lebihkurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Khairul Hafidz telah ditanya oleh salah seorang pengikut laman Twitternya mengenai kebenaran memakan makanan pedas punca utama terjadinya radang Appendiks.


Menurut Dr. Khairul memakan makanan pedas bukan penyebab radang Appendiks. Ramai juga yang berpendapat biji cili faktor utama terjadinya radang Appendiks.

Khairul tidak menafikan biji cili salah satu faktornya. Namun, ia jarang sekali berlaku kepada pesakit Appendiks. Bukan sahaja biji cili, makan apa-apa biji sekalipun boleh menjadi faktor terjadinya Appendiks tetapi itu sesuatu yang 'rare'.


Menurut 'thread' Twitternya, punca utama yang sering berlaku kepada pesakit ialah ketulan najis yang keras menutup lubang Appendiks tersebut dan kemudian dijangkiti kuman.

Apabila Appendiks sudah dijangkiti kuman, ia akan membengkak dan akhirnya berlaku peradangan terhadap organ tersebut. Selepas berlakunya peradangan akan menyebabkan pesakit terasa sakit di bahagian Appendiks mereka.

Berikut adalah penerangan penuh Dr Khairul menerusi laman Twitternya mengenai radang Appendiks. Semoga bermanfaat.

Semoga perkongsian dari Doktor Khairul Hafidz ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pesakit radang Appendiks untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik di hari-hari mendatang. - Siakapkeli.my

Sumber: Khairul Hafidz 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli