Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar


4 Jan - Penyokong skuad Lang Merah terkejut apabila sebuah portal berita di luar negara medakwa import kesayangan rakyat Kedah, Liridon Krasniqi bakal menerima tawaran dari kelab Angers yang berpangkalan di Perancis.

Berdasarkan laporan yang diperoleh dari laman web telegrafi.com, pemain kelahiran Kososvo itu akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin kelab berkenaan di Perancis bersama ejennya dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu lagi, masa depan Liridon bersama Kedah pasti tidak berpanjangan jika pemain itu menerima tawaran tersebut.


Kelab Perancis itu juga dikatakan sanggup membayar yuran perpindahan kira-kira STG500,000 (RM2.4 juta) kepada Kedah bagi membolehkan pemain itu beraksi di Ligue 1, liga utama negara Perancis.

Maklumat lain menyatakan, jika persetujuan berjaya dicapai, Liridon bakal memberi tentangan hebat kepada pemain termahal dunia, Neymar yang kini beraksi untuk kelab Paris Saint Germain (PSG).

Liridon juga pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Kosovo dan pernah bersama kelab Mlada Boleslav di Republik Czech serta kelab Osmalispor dan Fethiyesppor di Turki.


Liridon mula menyertai pasukan kedah pada tahun 2015 dan kontraknya diberitakan bakal berakhir hujung musim ini.

Pencapaian beliau bersama Kedah sangat cemerlang apabila beliau membantu kedah menjurai Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim lalu.

Selain menjaringkan gol yang banyak buat Kedah, beliau juga turut dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik dan Pemain Import Paling Popular 2017 di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini. - siakapkeli.my



Sumber: Telegrafi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli