Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima Teknik Memujuk Anak Untuk Mengisi Tangki Cinta Selepas Terlanjur Menengking Mereka

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 30 Jan 2018
3 ulasan
                                                                 - Gambar Hiasan

Kadangkala tanpa sedar, ibu bapa tidak sengaja memarahi anak-anak sehingga membuatkan mereka berkecil hati dan merajuk.

Meskipun mereka terlanjur ditengking, pastinya niat ibu bapa yang memarahi hanyalah untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak agar tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, anak-anak yang dimarahi ibu bapa pasti akan merasa jauh hati dan memerlukan pujukan yang betul bagi mengembalikan rasa cinta mereka yang surut.

Menerusi perkongsian daripada Taufiq Razif di laman facebooknya, para ibu bapa dapat pelajari teknik mudah untuk memujuk kembali anak yang telah terlanjur dimarahi.

Mari kita ikuti perkongsian bermanfaat ini.


Hari ni mood saya agak gloomy. Memang saya tengah demam teruk tapi yang yang buat saya rasa down sangat adalah kerana saya terjerit pada Maryam Soolihah.

Takde la sampai tahap tengking yang di luar kawalan cuma agak keterlaluan sikit tadi. Dengan kekalutan pagi, anak muntah dan menangis tak berhenti dicampur dengan diri yang demam memang mencabar emosi.

Sebab tu la saya respect suri rumah sepenuh masa ni sebab bukan calang-calang orang yang mampu buat kerja rumahtangga 24 jam.

Hanya yang terpilih je yang mampu lakukan!

Ini juga kenapa kalau ada surirumah yang termarah anak dan tertengking anak, saya tak judge mereka tapi saya akan bagi kata-kata semangat!

Ada tekniknya kalau kita dah terlanjur tengking anak ni. Bila kita dah tengking anak, kita sebenarnya tengah mengosongkan 'tangki cinta' anak kita.

Anak yang kosong tangki cinta ni memang sangat tak stabil. Dia akan pergi mencari cari sumber cinta lain di luar sana untuk penuhkan tangki cintanya.

Penagih dadah ke, budak-budak rosak akhlak ke, geng kongsi gelap ke kalau mereka mampu penuhkan tangki cinta si anak yang kosong tangki cintanya, mereka inilah yang anak kita akan cari!

Sebab tu kalau sekali kita dah tengking tu, penuhkan la balik tangki cinta anak kita tu balik ye. Ni 5 teknik anda kena buat kalau dah tertengking anak untuk isi balik tangki cintanya.

                                                                     - Gambar hiasan

1. PELUKAN & PHYSICAL TOUCH

- Ni untuk tenteramkan balik suasana hati anak kita dan juga untuk menaikkan hormon cinta ( oxytocin ) dan menurunkan paras hormon stress ( cortisol )

                                                                   - Gambar Hiasan

2. SEBUT PERKATAAN YANG MENTENTERAMKAN JIWA

- Mintak maaf pada anak itu sangat mententeramkan jiwa kita dan si anak sebenarnya. Ketepikan ego sekejap demi anak-anak kita. Boleh juga tambah kata-kata pujian untuk lebih berkesan.

3. PERGERAKAN CINTA

- Ada anak ni dia tak faham kalau kita kata kita sayang dia. Yela, perkataan sayang tu agak abstrak bagi anak di bawah umur 5 tahun. Dia akan faham kalau kita buktikan sayang kita tu dengan PERBUATAN & PERGERAKAN.

- Masak sedap-sedap, jahitkan baju anak, rapikan bilik anak, susun mainan anak ni pun termasuk dalam PERGERAKAN CINTA yang boleh mententeramkan si anak.

                                                                    - Gambar Hiasan
4. BERADA DISISINYA

- Kita juga boleh lebihkan masa bersama anak kita sebagai tanda maaf kita atas tengkingan kita tadi. Limitkan masa dengan handphone ke atau sesekali tu amik cuti untuk luangkan lebih masa bersama mereka.

- Gambar Hiasan
5. BAGI HADIAH

- Hadiah tak semestinya kena mahal. Kadang-kadang tu cukup hadiah mainan di kedai RM2.00 pun dah cukup membuatkan hati anak tu berbunga-bunga.

Mereka bukan tengok hadiah sangat, mereka sebenarnya nak tengok kita prihatin ke tak dengan emosi dan perasaan mereka.

Ingat, anak adalah pembaca terhebat emosi mak ayahnya!

Sumber- Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "