Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Lepas Ni Balik Kampung Kena Bawak Passport Lah," Wanita Ini Melancong Ke Hat Yai Dengan Tambang Hanya RM35

Ditulis oleh seventeen century, 4 Jan 2018

4 jan - Pada tahun 2015 Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah membuka perkhidmatan keretapi ETS yang pada mulanya dibuka dari KL Sentral ke Padang Besar. Kini ETS perkhidmatan ETS telah melebarkan sayapnya dengan membuka laluan dari Gemas hingga ke Padang Besar.

Ramai diantara rakyat Malaysia pernah merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan ETS ini. Rata-rata berpuas hati dengan kemudahan seperti tempat duduk yang selesa, kafe, televisyen dan mesra untuk penumpang OKU.


Antara kelebihan ETS ini adalah, rakyat Malaysia sudah boleh menaikki keretapi sahaja untuk masuk ke negara Thailand dengan menggunakan perkhidmatan keretapi Thailand yang tersedia di Padang Besar.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ayu Mastura Kenon, telah berkongsi pengalaman beliau menggunakan perkhidmatan ETS ini dari Tasek Gelugor hingga ke Padang Besar dan kemudian terus ke Hat Yai dengan keretapi Thailand.


Menurut beliau, dari Tasek Gelugor ke Hat Yai hanya bermodalkan RM35 sahaja (pergi dan balik). Tambang dari Tasek Gelugor ke Padang Besar sebanyak RM10.40 untuk dewasa dan RM5.20 untuk kanak-kanak. Manakala, dari padang Besar ke Hat Yai pula hanya 50Baht (RM7).

Selain menaikki keretapi Thailand, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan bas atau teksi untuk ke Thailand tetapi mungkin kosnya sedikit berlainan.

Apabila sudah sampai di Hat Yai anda sudah boleh memilih lokasi lain untuk dilawati seperti Krabi, Phuket ataupun Bangkok.

Berikut adalah perkongsian penuh dari Ayu Mastura tentang perjalanan beliau dari Tasek Gelugor ke Hat Yai, Thailand. Semoga bermanfaat.


Untunglah orang utara. Jeles kita. Semenjak KTM mula beroperasi senang sangat dah nak ke Thailand. hanya bermodalkan RM35 sahaja dah boleh pergi Hat Yai balik hari.

Mari saya kongsi sikit trip baru-baru ini. Ini panduan untuk ambil komuter dari Butterworth atau kawasan-kawasan sekitarnya.

Saya naik train dari Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 dewasa/RM5.20 kanak-kanak). Keretapi dari dari TG satu jam sekali bermula 5.48 pagi dan mengambil masa satu jam untuk sampai ke Padang Besar.




Saya naik keretapi pukul 7.48 pagi sebab nak kejar train ke Hat yai pukul 9.55 pagi waktu malaysia. Sampai sahaja di Padang Besar memang keretapi Thailand tengah tunggu. Tiket keretapi kelas ketiga Padang besar ke Hat Yai RM7 (50Baht).

Kalau pergi awal boleh juga naik van atau mini van ke Hat Yai. Tapi saya malas sebab banyak kali nak kena tukar, nak keretapi boleh sampai terus ke Hat Yai.

So, dah sampai Hat Yai pandai-pandai la kan, nak pergi Krabi ke, Phuket ke, Koh Lipe ke ataupun Bangkok. Suka hati lah. Agak-agak kalau bosan boleh pergi Hat Yai. Siapa nak ikut?






Sumber: AyuMastura Kenon
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "