Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Lepas 5 Robot Angsa Di Kolam Air, Singapura Guna Kaedah Ini Untuk Pantau Kualiti Air Mentah

Ditulis oleh Sha Rossa, 15 Jan 2018

Saat anda berjalan berhampiran kolam air di Marina, Punggol, Serangoon, Pandan dan Kranji Singapura, jangan terkeliru dengan beberapa "ekor" angsa yang berenang tanpa letih. Bentuknya sama, tapi apa yang anda lihat itu hanyalah robot yang menyerupai haiwan berkenaan.

Lima robot angsa itu akan digunakan di kolam air tersebut untuk memantau mutu air mentah di Singapura. Perkara itu diumumkan oleh Agensi Air Kebangsaan (PUB) hari ini.

Di negara pulau seperti Singapura, kawalan sumber air adalah penting kerana sumber yang sangat terhad. Pemantauan air bersih dianggap serius sehingga menggunakan teknologi robot.

Robot-robot yang dinamakan sebagai Rangkaian Penilaian Air Bijak (SWAN), menggunakan teknologi pemantauan air untuk mengumpul data dalam masa nyata. Uniknya, ia direka untuk menyerupai angsa betul supaya tidak kelihatan janggal dalam persekitaran sekelilingnya.

Ciptaan itu merupakn hasil kerjasama PUB, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Nasional Singapura (NUS), dan Institut Sains Marin Tropika. Pada tahun 2016, SWAN telah diuji untuk menilai keupayaannya dalam pengumpulan sampel dan navigasi serta penggunaan kuasanya.


Ia merupakan salah satu huraian teknologi PUB untuk lebih memahami keadaan kawasan takungan air dan meningkatkan mutu air mentah. Menurut PUB lebih banyak data perlu dikumpulkan dari kawasan takungan air lebih baru seperti Marina, Punggol dan Serangoon, untuk lebih memahami keadaan kolam-kolam air tersebut. Bagi Kranji dan Pandan pula, banyak alga didapati berkembang biak dalam keadaan cuaca panas. Disebabkan itu, PUB menyatakan bahawa kaedah ini diperlukan untuk memantau mutu air dengan lebih teliti.

Menurut sumber, pasukan NUS mengatakan bahawa mereka sudah melakarkan konsep robot tersebut pada 2010. Namun, mereka hanya mula menguji robot-robot tersebut pada tahun 2014. Semasa ujian dijalankan, robot-robot angsa itu digunakan untuk memantau pelbagai campuran fizikal dan biologi pada air tawar termasuk bacaan pH, kandungan oksigen dan klorofil untuk menentukan sama ada terdapat sebarang masalah pada sumber air.



Buat masa ini, penguasa air di sini berdepan dengan cabaran logistik untuk mengumpul sampel dari kawasan takungan air yang besar. Ia selalunya dijalankan dengan menggunakan bot. Namun, pendekatan itu memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang besar selain menyekat keupayaan pihak berkuasa untuk cepat bertindak sekiranya berlaku penularan atau pencemaran air.

Robot-robot yang digunakan akan bergerak melalui kawasan-kawasan tertentu di kolam-kolam air dan menghantar data menggunakan teknologi tanpa wayar. Robot-robot itu juga boleh dikawal dari jarak jauh, namun matlamatnya adalah memastikan ia dapat beroperasi sendiri dan hanya memerlukan pemantaun dan operasi asas, yang boleh dilakukan dari mana sahaja menggunakan internet.

Menurut pasukan yang menghasilkan teknologi tersebut, kelebihan SWAN ini juga tahan lasak kerana ia tidak mudah rosak meskipun dilanggar bot kecil. 

Siakapkeli.my

Sumber : Mediacorp
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "