Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol, Rempuh Sebuah Gerai Burger Dan 9 Orang Awam

Ditulis oleh seventeen century, 26 Jan 2018

26 Jan - Semalam sebuah kereta Perodua Myvi dikatakan telah merempuh sebuah gerai burger dan juga 9 orang pelanggan serta pekerja gerai burger berkenaan.

Kereta Myvi itu yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki yang didakwa memandu dalam pengaruh alkohol telah melanggar gerai burger yang terletak berhadapan 7Eleven Fair Park, Ipoh Perak.

Lelaki tersebut cuba melarikan diri selepas kejadian berlaku. Namun, cubaan itu gagal apabila orang ramai yang menjadi saksi kejadian berjaya menangkapnya semula.

Lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. Mankala, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Maklumat dan gambar yang diperoleh daripada sebuah laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis.




Lelaki tersebut disoal pihak polis
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "