Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keputusan Kurangkan Iklan Di 'News Feed', Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion.

Ditulis oleh seventeen century, 16 Jan 2018

16 Jan - Tindakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menukar operasi suapan berita 'News Feed' di rangkaian media sosial terbesar dunia itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11.53 bilion (AS$3.3 bilion).

Keputusan beliau yang juga ketua pengarah eksekutif, mengurangkan sebarang spam dan iklan di 'News Feed' telah menyebabkan saham Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus.

Jumaat lalu, saham syarikat itu didagangkan pada AS$179.37 yang menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding AS$187.77 sehari sebelumnya, lapor Daily Mail


Menurut Zuckerberg, beliau mahu mengutamakan perkongsian daripada rakan dan keluarga terlebih dahulu di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Akibat dari kerugian itu juga, beliau hilang kedudukan sebagai individu keempat terkaya dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.


"Kami membina Facebook untuk membantu orang ramai berhubung dan membawa kami lebih rapat bersama orang yang penting kepada kami.

"Tetapi baru-baru ini kami mendapat maklumbalas bahawa kandungan umum - posting dari perniagaan, jenama dan media - semakin menyemakkan momen peribadi yang membawa kita saling menghubungkan antara satu sama lain," 
katanya.

Zuckerberg mula mengasaskan Facebook bermula dari umur 19 tahun dan memiliki 17 peratus saham dalam syarikat berkenaan - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "