Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenali 12 Zodiak Kalendar Kedah Tua, Lelaki Ini Kongsi Sejarah Ketamadunan Persekutuan Langkasuka

Ditulis oleh seventeen century, 12 Jan 2018
4 ulasan

12 Jan - Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Sai, Kalah Bar dan Kalagram.

Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina.


Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudia dipindah ke Lembah Bujang.
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti agama Hindu. Pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candiyang terletak di Lembah Bujang.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Salleh Mazukhi, telah berkongsi satu sejarah berkaitan dengan Kalendar Kedah Tua ketika dibawah Perseketuan Langkasuka yang meliputi Segenting Kra.


Beliau yang berkongsi sejarah tanah melayu itu berdasarkan sumber rujukan yang telah beliau baca daripada buku Astronomi dan Alam Melayu dan buku Ilmu Falak Syarie.

Menurut beliau, Kerajaan Kedah Tua telah membentuk satu sistem kalendar yang dikenali sebagai Kalendar Kedah Tua. Kalendar ini berasaskan kepada 12 Zodiak yang muncul setiap bulan. Setiap zodiak pula mempunyai lambang sendiri yang mewakili setiap negara kota.

Berikut adalah sistem Kalendar Kedah Tua bersama 12 zodiak yang mewakili setiap bulan serta lambang yang mewakili setiap zodiak:



1.Bulan Sa (zodiak Kaus/sagitarius )
23 Nov -22 Dis mewakili  Saiburi
Lambang tikus.

2.Bulan Dua (Zodiak Jadyi/ jadi )
23 Dis -21 Januari , mewakili Patani
Lambang : Lembu

3.Bulan Tiga (Zodiak Dalu/ Aquarius)
22 Jan- 20 Feb , mewakili Kelantan ,
Lambang : Harimau

4.Bulan 4 (Zodiak Hut/Pisces)
21 Feb-21 Mac mewakili Pahang , 
Lambang:Arnab

5.Bulan Lima (zodiak Hamal/Aries)
22 Mac-21 April mewakili Kedah ,
Lambang Naga.

6.Bulan Enam (zodiak Thaur /Taurus)
22 April -22 Mei mewakili Phattalong),
Lambang : Ular

7.Bulan Tujuh (zodiak Jauza/ Gemini)
23 Mei-22 Jun) mewakili Trang , 
Lambang :Kuda

8.Bulan Laapan (zodiak Saratan/ Cancer)
23 Jun- 23 Julai mewakili Chumphon ,
Lambang : Kambing

9. Bulan Sembilan (zodiak Asad/ Leo)
24 Julai-23 Ogos mewakili Chaaiya ,
Lambang : Monyet

10.Bulan Sepuluh (zodiak Sumbulah/ Virgo)
24 Ogos-23 September mewakili Kanchanburi ,
Lambang : Ayam

11.Bulan Sebelas (zodiak Mizan /Libra )
24 September-23 Okt mewakili Takuba/ Phuket ,
Lambang : Anjing

12.Bulan Dua Belas (zodiak Akrab/ Scorpio)
24 Okt-23 Nov mewakili Ranong/Krabi ,
Lambang : Kura-Kura. (kemudian ditukar kepada lambang khinzir)


Mohd Salleh menambah lagi dalam penulisannya, setelah negeri-negeri Segenting Kra terpisah dari Kedah, ia masih diteruskan dan direkabentuk baru. Kalendar baru ini dikenali sebagai 'Bulan Piama'.
Kalendar bulan piama ini direkabentuk untuk fungsi pertanian dan menangkap ikan.

Ia juga termasuk ramalan tentang kemungkinan banjir, musim tengkujuh, ribut, kemarau, hujan lebat, musim bunga, musim buah, musim menuai dan beberapa tabii alam sebagai panduan kepada orang ramai terutama kepada petani dan nelayan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli