Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kecederaan ACL, Musuh Utama Individu Yang Aktif Bersukan Terutama Pemain Futsal

5 ulasan

Sukan adalah salah satu platform untuk mengukuhkan lagi aspirasi nasional. Atas faktor itu pelbagai program sukan serta kecergasan telah diperkenalkan antaranya seperti Program Fit Malaysia dan Karnival 1Murid 1Sukan.

Bersukan merupakan  satu bentuk aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh serta menyihatkan badan.

Namun demikian, mendengar sahaja kecederaan pada Anterior Cruciate Ligament (ACL) sudah pastinya menghadirkan perasaan gerun buat setiap ahli sukan khususnya pemain futsal.

Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa kecederaan ini merupakan musuh utama kaki futsal seluruh dunia.

Apakah sebenarnya Anterior Cruciate Ligament ?

Merupakan ligamen yang berada pada lutut bertindak untuk mengikat dua tulang yang bersambung bagi membentuk sendi. Selain ACL lutut juga terdiri daripada ligamen-ligamen tersebut :

-Posterior Cruciate Ligament (PCL)
-Lateral Collateral Ligament (LCL)
-Medial Collateral Ligament (MCL)

Keempat-empat ligamen ini bertanggungjawab bagi mengikat :

-Tulang peha (Femur)
-Tempurung lutut (Patella)
-Tulang keting (Fibula dan Tibia)



ACL juga berperanan bagi menghalang betis daripada bergerak ke hadapan paha.
Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku ?

Melakukan lompatan dan seterusnya gagal mendarat dengan betul.Menukar arah larian dengan pantas ketika sedang berlari. Memusingkan badan sambil kaki terpasak ke tanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau dibentes dengan lasak.

Simptom ACL

Keadaan di bawah lutut terasa seolah-olah meletup dan berbunyi ‘pop’ sambil lutut terseliuh.
Lutut akan mula membengkak dengan cepat dalam satu jam yang pertama. Anda akan berasa sakit semasa berdiri dan cubaan untuk berjalan. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera atau putus.

3 Peringkat kecederaan ACL 




– Gred 1 menyaksikan ligamen sedikit rosak. Ia telah sedikit diregangkan, namun masih mampu untuk membantu menjaga sendi lutut.

Pada peringkat ini akan kelihatan bengkak pada kulit.
– Gred 2 keadaan meregang ke tahap di mana ia menjadi longgar. Ini boleh diklasifikasikan sebagai separa koyak di ligamen.

Bengkak dan warna kulit berubah menjadi kebiruan pada kulit.
– Gred 3 merupakan tahap paling bahaya apabila ligamen telah koyak sepenuhnya. Perlu berjumpa doktor secepat mungkin bagi langkah seterusnya.


Diagnosis kecederaan

Hanya pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dapat menunjukkan kecederaan pada ACL dengan jelas. X-Ray hanya dilakukan untuk menentukan sama ada terjadi keretakan atau kepatahan tulang (ramai yang keliru). Kaedah merawat kecederaan ACL

Kecederaan ACL buat mereka yang masih muda dan aktif mungkin memerlukan pembedahan (secara artroskopik). Kaedah dengan menggunakan tendon yang diambil daripada lutut pesakit, dimasukkan ke dalam sendi lutut dan diikat pada tulang peha dan betis (rekonstruksi ACL).

Pembedahan yang berjaya akan menstabilkan lutut anda. Pembedahan ini dapat mengelakkan kecederaan lanjutan dan mungkin anda dapat kembali kepada sukan. Manakala bagi mereka yang kurang aktif dan telah agak berumur pembedahan mungkin tidak perlu dilakukan. Memadai dengan melakukan latihan fisioterapi dan mengelakkan dari aktiviti aktiviti yang berisiko tinggi.


Kesimpulan

Ternyata sesuatu yang menakutkan apabila membaca tentang kecederaan ini.
Sekiranya anda mengalami masalah ini sudah pasti proses pemulihan memainkan peranan penting untuk anda kembali ke beraksi di gelanggang futsal.

Fokus dan berdisiplin tinggi sepanjang sesi pemulihan bagi kembali menguatkan kekuatan otot peha dan betis. Anda perlu melupakan aktiviti futsal sekurang-kurangnya selama setahun sebelum dapat kembali beraksi.

Sumber: futsalvaganza
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli