Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kaki Dan Tangan Saya Menggigil, Kejadian Itu Seakan Modus Operandi Menculik Budak'' Wanita Ini Kongsi Pengalaman Cemas Anak Hampir Jadi Mangsa Culik

4 ulasan


Banyak kes jenayah dilaporkan sejak kebelakangan ini terutama kes penculikan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Lebih menakutkan, penjenayah kini semakin berani melakukan jenayah culik kanak-kanak di kawasan awam. Setelah diculik, ada kes kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa pedophilia pasti saja menggerunkan hati setiap ibu-bapa. Jadi, sentiasa awasi anak anda kerana bahaya menanti.

Farah Hazwanie Suhaimi menerusi laman facebook beliau, telah berkongsi detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang mencurigakan ketika keluar bersendirian ke sebuah pasaraya bersama anak kecilnya. Mujurlah ibu ini tidak leka dan bertindak pantas membawa anaknya keluar dari kawasan tersebut. Cuba bayangkan, sekiranya ibu bapa lalai atau tidak 'alert' dengan bahaya di sekitar, pasti sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

Jom kita baca perkongsian beliau seperti di bawah. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak terutamanya di kawasan awam. Bahaya ada di mana-mana tanpa sedar, moga bermanfaat untuk semua.

Kisah ini betul2 berlaku sebentar tadi. Allahu takutnya, mengigil kaki tangan. Sebelum ni baca pengalaman orang dalam fb tentang Paedophilia.

Jam 4.45pm, usai mama habis membeli beberapa keperluan facial di Watson dan dek takde elektrik di rumah, niat nk lepak di medan selera disebabkan hujan lebat di luar dan nak happy kan Afya bg dia naik Toy Coin Music berhampiran medan selera ini.Mama letak Afya di salah satu Toy Coin Music dan leka mencari punat bg memasukkan syiling.

Tetiba ada seorg lelaki berkulit gelap, persisnya seperti bukan org Malaysia. Matanya lekap tajam ke atas Afya sambil jalan menuju ke arah kami. Aku pelik dan terus memerhati tajam kepadanya. Sebelum ni jika ada yg sukakan Afya, mereka hanya memerhati sambil senyum ibarat suka dgn kanak2, tetapi cara pandangan lelaki ini teramat pelik, berjalan ke arah kami dan pandangan yang tajam melekap kepada Afya sambil memegang handphone di tangannya.


Bila dia sedar mama menjeling tajam kpd dia, dia berjalan menjauhi kami dan berdiri tidak jauh dari kami, dlm 6,7 langkah kaki seperti gambar itu. Kemudian sibuk memeriksa telefonnya. Mama lantas mengambil gambar dia sebagai langkah berjaga2.

Kawasan toys memang sunyi sebentar tadi, Toy Coin Music ni betul2 berhadapan Medan Selera pasaraya ini tapi dipisahkan dengan stall Pop Corn n Waffle suma. Tak sedap hati mama menelefon Abi Afya dan bercakap kuat seolah2 Abi juga ada di tesco itu. Memaklumkan Abi mencari kami di situ, padahal Abi Afya xde di situ dan sedang bekerja jauh nun di Perodua Rawang. Abi pelik kenapa mama bercakap macam tu.


Kemudian Mama dukung Afya dan berlari jauh dari kwsn itu, dan menceritakan hal sebenar kepada Abi. Kemudian Abi menyuruh kami pergi ke kereta. Tengok kelibat mamat tu dah tak ada dari pandangan mata kami, terus masuk ke kereta dan lock pintu.

Allahu, mengigilnya kaki dan tangan hanya Allah yg tahu. Terasa seperti modus operandi menculik budak. Mama kemudian bawa kereta ronda di luar kawasan pintu tesco tempat laki ini menunggu. Allahuakbar, memang tak syak lagi, ada seorg lelaki berbaju hijau muka gelap dan wajahnya mirip seperti lelaki ini lagaknya bukan seperti orang Malaysia sedang menunggu 20 langkah dari pintu luar kawasn toys ini. Kawasan toys ini memanag strategik sebab terus ke pintu luar, mereka dapat berlari atau menaiki kenderaan dan terus berlalu pergi dari situ.

Alhamdulillah, Allah lindungi kami anak beranak. Syukur Ya Allah sebab mama masih tak lalai, mata kat anak je sentiasa. Fobia terus nak keluar berdua dengan anak lepas ni.

Posting ini khas buat warga Puncak Alam dan sekitar Selangor. Buat guard di pasaraya berkenaan dan #PDRM mohon giat meronda di kawasan tersebut. Mencegah lebih baik dari mengubati bukan? Untuk peringatan bersama.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli