Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kadang-kadang Bila Hidup Kita Susah, Jangan Salahkan Suami 100%", Wanita Kongsi Pengalaman Harungi Fasa Pertama, 5 Tahun Perkahwinan

Ditulis oleh farra vy, 22 Jan 2018
No Comment
Perkahwinan, bunyinya indah dan seronok.  Bercinta bertahun-tahun akhirnya diakhiri dengan perkahwinan seindah yang diimpikan.  Namun, fasa lima tahun perkahwinan itu dikatakan paling mencabar.  Pasangan diuji dengan dugaaan persefahaman, masalah kewangan, anak kecil atau berdepan masalah keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada peringkat ini, kedua-duanya harus saling kuat.  Teguhkan kepercayaan antara satu sama lain.  Sabar adalah kunci kepada segala permasalahan yang berlaku.  Tempoh lima tahun perkahwinan ini merupakan fasa pertama, ada beberapa fasa lagi yang anda perlu tempuh sebagai suami dan isteri untuk terus utuh sehingga ke akhir hayat.

Mari baca perkongsian daripada Syuhada, yang berkongsi pengalaman alam rumah tangganya yang diuji pada lima tahun pertama dan berjaya ditempuh sehingga ke hari ini, sudah masuk tahun ke-10.  Mungkin anda boleh kaitkan jalan cerita anda dengan kisah yang bakal dikongsi ini untuk terus mengecapi perjalanan lebih jauh sebagai suami dan isteri, bukan setakat 20 atau 30 tahun malah untuk selama-lamanya.

Fasa 5 tahun pertama dalam perkahwinan adalah paling perit . Diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta 

Waktu mula-mula menyewa rumah , cari rumah flat di KL yang sewanya cuma Rm550 sebulan.  Waktu pertama saya masuk dalam rumah tu rasa macam nak nangis pun ada sebab saya bukanlah dari keluarga yang susah. Dari kecik mama bela memang cukup serba-serbi tapi lepas kawin kena berdikari sendiri.  Jadi, serba-serbi susah lepas kahwin.

Sedih sangat tidur berbulan-bulan takde katil , cuma ada tilam je.  Tu pun beli dengan apek yang jual lelong-lelong tilam murah bawah flat.

Husband gaji Rm1400 je waktu dia kerja di Animasia as storyboard artist. Bayangkan kat KL , minyak dan tol sebulan je dah Rm600.  Makan lagi , duit sewa rumah lagi. Dah la saya study lagi (Uitm). Mana cukuppppppp. Bila yang ini tak cukup, yang itu tak cukup, mulalah stress then gaduh-gaduh. Tapi this man sangat sabarrrr (yang ni love sangat) .

Dan yang peliknya walaupun gaji Rm1400 tu tak cukup untuk hidup di KL, tapi Allah cukupkan sentiasa! Alhamdulillah we survived the first 5 years even hari-hari gaduh.



Masuk 10 tahun bersama-sama (been together since 17, kawin 20 now sama-sama 28) alhamdulillah Allah buka seluas-luasnya pintu rezeki untuk kita. Satu demi satu kejayaan kita capai bersama. Kadang-kadang tak percaya pulak dari hidup takde apa-apa, Allah bagi serba cukup sekarang .

Pernah cakap kat dia "Sayang dulu kita masuk giant dengan duit Rm100 je nak belanja untuk barang makan rumah sebulan. Pilih brand murah-murah selagi boleh.  Sedih sangat bila ingat. Sekarang alhamdulillah dah settle masalah takde duit."

Dia kata "Tapi best jugak dulu awak selalu masak telur makan dengan kicap. Sekarang awak asyik masak western pelik-pelik tak selera betul."

Caittt

Kuncinya kena sabar , sabar , sabar . Nak marah pun sabar, nak gaduh pun sabar . SABAR!



Perkahwinan mana yang sentiasa manis-manis? Yang penting kena ada give and take dalam hubungan. Kita sama-sama ada kekurangan, jadi jangan terima kelebihan pasangan kita je, cintai juga kelemahan mereka. We complete each other

Untuk isteri-isteri di luar sana, kadang-kadang bila hidup kita susah, jangan blame husband 100%. Percayalah dorang dah lakukan yang terbaik untuk rumah tangga bersama. Jadi tak salah kalau kita bantu husband kita dengan ada pendapatan sendiri. Lama-lama , pintu rezeki akan terbuka satu demi satu untuk keluarga kita. InsyaAllah


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "