Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Jadi Manusia Syaitan Lariskan Produk - Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Ditulis oleh farra vy, 27 Jan 2018


Kebelakangan ini terlalu banyak pengusaha-pengusaha bercambah seperti cendawan selepas hujan apabila masing-masing daripada mereka menjual produk-produk kecantikan dan ubat-ubatan ajaib yang menjanjikan hasil luar biasa.

Malah tiada sebarang pengesahan daripada pakar perubatan tentang keberkesanan setiap produk yang ditawarkan.  Sedangkan pakar tidak mengesahkan, siapa pula mereka berani menjanjikan bulan dan bintang kepada para pengguna.



Tidakkah terfikir akan kesannya terhadap para pengguna? Jika itu dianggap rezeki, bersedialah dengan ujian yang bakal datang akibat penipuan yang disogok untuk melariskan produk.  Jikalau sering sangat Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak? Kalau tidak berkat apa puncanya?

Agak kasar untuk mengklasifikasikan masalah ini sebagai jenayah, namun menganiyai orang lain dengan memberitahu bahawa produk yang ditawarkan itu berkesan tetapi akhirnya terbaring dihospital, itu sangat kejam.  Duit dah dibawa lari, pengguna menanggung sendiri.




Segalanya diketepikan demi sedikit keuntungan.  Janji produk dan jualannya laris setiap bulan.  Dipetik kata Ustaz Abdullah menerusi artikel dibawah ini, beliau berkata;

"Para pesakit buntu dan tersepit, akhirnya terpedaya dengan kalam manis beracun si penjual ubat.  lalu para pesakit berhabis harta membeli ubat yang bukan ubat untuk sakit mereka.  Adakah mereka (penjual ubat) ingat tindakan itu tiada audit dosa-paha, syurga-neraka disisi Allah?"



Nasihat kami kepada para pengguna untuk berwaspada dan rajin-rajinlah mengkaji latar-belakang produk itu dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya.  Pastikan kesahihannya atau mungkin lebih baik dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan bertauliah untuk informasi lebih lanjut.

Artikel ini dioleh daripada hasil penulisan Ustaz Abdullah Bukhairi Abdul Rahim Al-Hafiz, Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa UIAM yang bertajuk "Jangan Jadi Manusia Syaitan."

Daripada live video dibawah ini juga, pada minit ke 45 dan seterusnya beliau ada berkongsi kisah beliau sendiri yang menghadapi kegagalan buah pinggang akibat produk yang tidak diiktiraf.  




وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Surah Al-An'am, Ayah 112


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "