Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Fitnah Makanan, Ini Bukan Cara Berpantang," Dr Rafidah Ulas Mesej Tular Kononnya 'Patang Dalam Permakanan'

No Comment

15 Jan - Berpantang dalam pemakanan sudah menjadi amalan kepada masyarakat Malaysia terutama bangsa melayu.

Terutama sekali, kepada orang yang menghidap penyakit serius atau kepada wanita yang baru lepas melahirkan anak.

Namun, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengada-adakan pantang dalam pemakanan mengikut citarasa mereka sendiri.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita, kerana ada lebih baik anda merujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah untuk mendapatkan kepastian.

Seperti apa yang dimuat naik oleh seorang pakar perunding perubatan, Doktor Rafidah Abdullah yang jelas menyangkal dengan apa yang beliau temui tentang pantang dalam pemakanan.

Gambar Hiasan
Menurut beliau, gambar yang dimuat naik olehnya itu bukanlah cara yang betul untuk berpantang dan sesetengah makanan yang tertulis di dalam kenyataan itu sangat berkhasiat untuk diamalkan.

Beliau juga memohon, jika ternampak mesej atau kenyataan seperti ini, jangan sesekali sebarkan kepada umum.

Cara berpantang yang betul adalah, mengira jumlah kalori yang diambil dalam sehari dan diimbangkan penggunaan kalori tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Dr Rafidah Abdullah mengenai berpantang dalam pemakanan.
Pantang dalam pemakanan?

MasyaAllah ini bukan caranya nak berpantang.

Ini tidak betul sebab:
Pemakanan di kira dengan jumlah kalori sehari dan diimbangkan dengan penggunaan kalori tersebut. Kalau nak lebih jelas, boleh guna apps myNutriDiari atau MyFitnessPal. 


Jangan lah fitnah bahan-bahan yang tersenarai disini. Kebanyakannya elok kesemuanya.

Bila anda makan makanan apa pun ianya “bertemu” didalam perut. Tak ada fakta atau kajian yang menunjukkan benda mengarut sebagaimana yang tersenarai disini.

Saya mohon yang nampak mesej ini, kawal jari jemari anda. JANGAN copy paste forward.


Nak berpantang makan, memang elok lah tu buat cara yang saya nyatakan. Bukan dengan cara ini.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli