Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadi Kuli Di Negara Orang, Tapi Jutawan Di Negara Sendiri, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Kejayaan 'Bangla' Kaya Di Malaysia


Tular tahun lepas apabila kisah seorang Bangla yang datang secara haram ke Malaysia pada tahun 2003 dianugerahkan gelaran Dato Seri.  Beliau yang mulanya hanya bekerja sebagai tukang cuci kereta, membuka tempat basuh kereta sendiri sehinggalah mampu membeli sebuah kedai tayar dan mengupah orang melayu sebagai pekerjanya.

Lihatlah bagaimana gigihnya warga asing yang masuk ke negara kita secara haram namun masih boleh menempa kekayaan dinegara orang.  Lain pula dengan orang kita yang dapat bantuan sokongan modal daripada kerajaan tapi cepat sangat mengalah dan gagal.

Ikuti perkongsian daripada Eza Ezamie yang berkongsi rahsia kejayaan warga Bangladesh ini yang sebenarnya lebih kaya daripada rakyat Malaysia dan dikatakan jutawan dinegara mereka.

Agak panas sebenarnya topik ni, tapi itulah hakikatnya. Cuba perhati sekeliling kita, berapa ramai orang asing sudah mula miliki perniagaan dengan membuka kedai? Bukan sahaja warga Bangladesh, tetapi Indonesia, Aceh, Pakistan, Nepal, India, Myanmar dan ramai lagi.



Percaya tak ada 2.9 juta warga asing di Malaysia? Sila rujuk e-book Kementerian Sumber Manusia, yang telah kami screenshot seperti di atas.

Mereka adalah pekerja biasa seperti yang kita biasa tengok di kilang, kedai makan,stesen minyak, ladang-ladang dan macam-macam tempat lagi.

Tapi ada sebilangan daripada mereka yang menjadi peniaga, dengan membuka restoran, kedai runcit, kedai baju, kedai karpet dan sebagainya.

Bagaimana Saya Boleh Kenal Mereka?

Terlebih dahulu, pasti anda nak tahu kan bagaimana saya boleh kenal & kemudian korek rahsia peniaga-peniaga warga asing ni kan?

Begini kisahnya…

Saya mula berniaga pakaian pada tahun 2012, dan mula membeli dengan supplier orang Melayu untuk dijadikan bahan jualan di Uptown Shah Alam.



Juga ada online store di lelong.com.my pada ketika itu:


Setelah sekian lama menjual secara retail, saya teringin juga nak menjadi supplier.

Alhamdulillah, ramai juga yang cari saya dan ramai yang telah saya bantu untuk memulakan perniagaan pakaian dengan modal yang sangat kecil.

Beli kuantiti 20 helai, dah layak dapat harga borong; jadi modal paling kurang RM80 dah boleh berniaga.


Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada je yang meninggalkan contact details diorang untuk saya hubungi, dan tidak kurang juga yang call/sms/whatsapp.

Jadi bila nak jadi supplier ni, kita kena lah carik sumber mana datangnya pakaian tersebut. Nama pun pakaian tersebut ‘Made in Bangladesh’, mesti lah orang Bangladesh yang import pakaian tersebut.

Zara, H&M, Cotton On, Replay – Made in Bangladesh



Percaya atau tidak, jenama-jenama terkemuka yang ada butik di kebanyakan kompleks membeli-belah kebanyakannya adalah Made in Bangladesh. Pakaian yang dijual sehingga ratusan malahan ribuan ringgit di Malaysia dibuat di Bangladesh. Ini disebabkan kos pengeluaran yang rendah serta kualiti benang dan jahitan yang tiada tandingan.

Alhamdulillah, saya dapat juga contact dengan beberapa pengimport daripada Bangladesh. Ada yang mempunyai warehouse di Kenanga, Jalan Ipoh, Ampang, Cheras dan banyak lagi.

Ada yang berpelajaran tinggi, mempunyai kelulusan Master di London tapi datang ke Malaysia untuk memulakan perniagaan.

Ada yang fasih berbahasa Malaysia, ada yang boleh cakap English saja. Ada yang dah berbelas tahun menetap di sini, ada yang baru beberapa bulan. Yang hantar anak ke kolej swasta yang yuran semesternya berbelas ribu ringgit pun ada!

Inilah Rahsia Orang Bangladesh Boleh Maju di Malaysia

Maaflah, mukadimah pun dah panjang lebar. Di sini saya kongsikan hasil pemerhatian saya bagaimana mereka boleh berjaya di Malaysia.

1. Bijak Cari Peluang


Bila mereka mula datang ke Malaysia tanpa ada apa-apa, mereka mula menghidu peluang. Mereka tahu tak ramai orang kita yang mampu berbelanja di butik untuk mendapatkan pakain branded ni.

Nak dijadikan cerita, ada di antara mereka ni kenal pemilik-pemilik kilang di Bangladesh. Bapa mereka ada kilang buat baju Zara lah, saudara mereka ada kilang buat seluar H&M lah, abang mereka ada kilang buat tshirt Cotton On lah, dan bermacam-macam lagi.

Daripada habis ratusan ringgit beli barang di butik, barang yang sama boleh didapati pada harga jauh lebih murah. Sebagai contoh tshirt Replay yang berharga RM159 di butik, kami hanya jual RM50 je. Tshirt Zara harga RM180 di butik, kami jual RM30.

Mereka tahu yang ada pasaran luas di Malaysia untuk pakaian branded ini, dan kebetulan mereka kenal pengilang yang membuat pakaian branded ini.

Ada demand, ada supply, maka mereka pun grab peluang ini.

2. Perkongsian Win-Win

Bila ada demand & supply, mereka kena carik rakan pengimport yang boleh sama-sama tolong mereka bawa masuk pakaian branded tanpa sebarang masalah. Siapa lagi kalau bukan orang Malaysia sendiri, yang boleh tolong mereka hal berkaitan kastam, logistik, warehousedan lain-lain.

Ada yang dapat upah setiap kali kontena sampai, ada juga yang menjadi shareholder syarikat.

Barang dah sampai, mereka kemudian kena carik rakan supplier yang boleh sama-sama tolong mereka menjual barang dengan kuantiti yang besar dengan cepat. Inilah peranan saya pada ketika itu, menjadi orang tengah kepada mereka. Ada stok saya ambil untuk dijual secara pukal, ada stok untuk dijual di kedai.

3. Support Masing-Masing, Bukan Jahanamkan Pesaing


Bab ini, ramai orang kita gagal.

Bila tengok bisnes pesaing dah makin maju, kita mendoakan pula kegagalan mereka. Kalau boleh, biar kita seorang je yang berjaya. Betul ke betul?

Tahukah anda, di kalangan pengimport Bangladesh ini semuanya berkawan rapat? Pengimport A mungkin bawa masuk baju, tapi tak cukup satu kontena barangannya. Dia pula beritahu Pengimport B yang bawa masuk seluar untuk menambah order sampai cukup satu kontena untuk dihantar ke Malaysia. Jadi kos mereka kongsi bersama.

Barang dah sampai, mereka pun happy. Takde nak gaduh-gaduh.

Walaupun punya pesaing, mereka takdelah sampai nak buang harga semata-mata nak menjual barangan mereka. Harga tetap maintain.

4. Bijak Luaskan Empayar


Perasan tak kedai baju branded dah bersepah kat pasaraya seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan sebagainya? Alah, yang jual baju baby RM5, rompers RM3, tshirt lelaki dan perempuan RM10, jeans RM20 tu.

Lama-kelamaan, mereka pun mula menjual direct kepada pengguna macam kita. Untung pun lebih besar sebab mereka direct importer dan terus jual kepada end-user, tanpa melalui orang tengah.

Maka makin ramailah peniaga kecil-kecilan nak beli borong daripada mereka, dan bertambahlah source of income mereka.

5. Kepercayaan Itu Sangat Penting

Berniaga apa pun, kalau takde kepercayaan memang tak tahan lama. Nak bina kepercayaan pulak makan bertahun-tahun lamanya, tapi sekali buat tahi – memang susah orang nak percaya lagi. Dan mereka ini sangat menitikberatkan bab kepercayaan.

6. Islam is First Class



Orang Bangladesh ini bukan Islam atas nama je, tapi mereka turut mengamalkan cara hidup Islam. Yang wajib mereka tunaikan, yang sunat mereka amalkan. Mereka juga sangat bekerja keras untuk membangunkan perniagaan mereka di Malaysia.

7. Niat Nak Tolong Keluarga Di Kampung


Ya, rata-rata mereka ini tidak kisah berada di negara kita untuk mencari rezeki bagi menolong keluarga mereka di kampung. Mana taknya, fresh grad di Bangladesh kalau kerja makan gaji pun dapat dalam $200 USD je sebulan. Itu untuk pemilik ijazah sarjana tau, yang tahap SPM tak tahu lah. Tukang jahit di Bangladesh gaji diorang ada yang tak sampai $50 USD je sebulan.

Daripada mereput di negara sendiri, mereka sanggup untuk sacrificedan menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki.

Dah Tahu Rahsianya, Sanggup Ikut Cara Mereka?

Sekarang anda dah tahu rahsia di sebalik kejayaan mereka. Nak tiru cara mereka, silakan. Saya dah tengok sendiri depan mata, bagaimana seorang rakan saya daripada Bangladesh mula berniaga tanpa punya apa-apa; dan sekarang anak isteri dah menetap di Malaysia. Kereta Mercedes, ada beberapa perniagaan, boleh balik Bangladesh beberapa bulan sekali, siap boleh melancong luar negara.

Bagaimana pula dengan anda?



Sanggup ke India untuk mencari rezeki?
Berani berhijrah ke negara China untuk memulakan perniagaan?
Atau semasa membaca artikel ini baru up status di Facebook betapa susahnya hidup di negara sendiri?

Kini saya sudah berhenti berniaga pakaian branded, website dan lelong store pun tiada lagi, hanya tinggal kenangan.

Siakapkeli.my

Sumber Eza Ezamie
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli