Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isteri Meroyan Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Untuk Suami Bantu Perubahan Emosi Isteri Dalam Pantang

Ditulis oleh farra vy, 27 Jan 2018

Penat bertarung menyelamatkan satu nyawa ketika melahirkan, isteri berhak diberi penjagaan sebaiknya ketika berpantang pula.  Bukan sekadar penjagaan fizikal, malah mental dan emosi.

Ada kes yang melibatkan isteri yang baru sahaja melahirkan, meroyan kerana keletihan.  Tiada bantuan dan sokongan untuknya melalui fasa baru selepas bersalin.  Tidur malam terganggu, rehat tak cukup, ketika itulah minda bercelaru.



Mereka terilusi seperti ingin mencampak bayi, membaling mereka kerana terlampau penat pada ketika itu.  Oleh itu disini, peranan suami bermula.

Kenapa suami perlu sentiasa disisi isteri sebaik sahaja mereka bersalin?  Ini kerana apabila suami menunjukkan keprihatinan kepada sang isteri, emosi mereka akan stabil, mereka merasakan dirinya disayangi, dikasihi.

Secara tidak langsung, ia memberikan satu kepercayaan dan rasa tanggungjawab yang sangat penting akan terwujud antara suami dan isteri untuk sama-sama menjaga anak itu dengan suntikan kasih sayang yang sempurna.



Tiada apa yang diinginkan oleh isteri melainkan sedikit usaha dan masa daripada suaminya.  Wahai suami, wanita selepas bersalin mengalami luka yang masih basah, benang jahitannya masih terasa, ketahuilah isteri amat memerlukan masa untuk memulihkan diri sepenuhnya.

Mungkin perkongsian daripada saudara Al Irfan Jani ini dapat membuka hati dan mata lelaki yang bergelar suami, ayah untuk lebih peka akan kehendak dan apa sebenarnya yang ditanggung si isteri selepas bersalin

Dulu seseorang pernah nasihatkan saya,

"Jarang tau suami berazam nak hadiahkan isterinya MASA. Tapi, kau tahu tak salah satu MASA TERMAHAL yang boleh dibeli?"

Saya geleng.

Dia jawab, "Masa Berpantang Isteri."

Gambar Hiasan
Mungkin ada suami yang mampu bawa isteri melancong ke hujung dunia. Ada yang hire orang gaji, isteri cuma jaga dapur jaga perut suami saja. Atau asyik berbonus belikan rantai gelang untuk anak isteri.

Tapi, macam mana nak BELI MASA dan hadiahkan pada isteri?

1) Kerja gila-gila 11 bulan, BELILAH cuti 1 bulan untuk jaga isteri berpantang. Negara sejuk pun boleh kerja 10 bulan cuti 2 bulan. Takkan kita tak boleh, ye dak?

2) Kalau outstation sana sini 321 hari, ikhtiarkan 44 hari layani permaisuri lalui tempoh pantang. 12% je tu dari 365 hari.

3) Kalau ada anak 2, 3 orang, cubalah belajarlah untuk jaga isteri berpantang masa lahirkan mana-mana 1 anak dulu.



4) Kalau ada niat nak poligami, boleh HADIAHkan tempoh 1 bulan jaga isteri yang satu tu berpantang dulu, mana tahu dah ada 2, 3 isteri nanti mereka juga dapat HADIAH yang sama. Baru boleh kata diri tu betul-betul berduit, ye dak.

5) Ada suami dah beli 12 jam setiap hari selama setahun menghadap isteri (sebab habis kerja balik rumah jumpa isteri). Namun, 4,380 jam setahun itu, masih tak boleh lawan 'harga' 44 hari jaga isteri usai bersalin.

MASA adalah rantai buat isteri,
yang berloketkan KENANGAN.

Ia tak nampak, tak disentuh,
namun ia akan tersimpan utuh.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. pastikan keperluan berpantang istri lengkap + masa yang diberiutk istri.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "