Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna 'Goggle Translate' Untuk Terjemahan Punca Ayat Pada Nota Di Pusat Pelancongan 'Ke Laut'

Ditulis oleh Maszuhaira, 3 Jan 2018
No Comment

IPOH: Baru-baru ini, kesalahan penulisan notis dalam Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak, yang tular di dalam media sosial dikatakan berpunca dari penggunaan 'Google Translate'.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berdasarkan laporan awal dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kecuaian tersebut dilakukan oleh salah seorang kakitangannya yang bertugas di pusat terbabit.

Beliau berkata, pihaknya telah menghubungi Datuk Bandar mengenai isu tersebut dan berdasarkan penjelasan mendapati kakitangan terbabit guna 'Google Translate' supaya mahu ia nampak "international".

“Jadikan ini pengajaran, mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu.

“Jangan memandai dan buat pandai kerana masalah bahasa ini elok ditanya dulu, kalau tak pasti rujuk dahulu kerana Ianya akan menjadi tatapan ramai serta melibatkan imej kita,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan segala urusan rasmi kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya dilakukan dalam Bahasa Malaysia.

“Dah berulang kali saya sebutkan ini, segala memo atau sebagainya perlu dilakukan dalam bahasa Malaysia sekiranya mahu dalam Bahasa Inggeris, ia akan ditulis bersama-sama Bahasa Malaysia.

Jelasnya, perkara ini memang nampak kecil tapi ianya merupakan imej kita, tunjuk bagaimana kita tidak serius dalam membuat kenyataan sekaligus mengundang tomahan-tomahan oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan.

Sementara itu, menurut kenyataan daripada pihak MBI yang dikeluarkan Isnin, sekiranya laporan lengkap mendapati terdapat kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan, anggota bekenaan akan diberikan surat amaran keras serta nasihat supaya isu seumpama ini tidak akan berulang di masa hadapan.


Sumber - astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "