Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Geram Banyak Lipas Dalam Kereta?'' Lelaki Ini Beli Perangkap Lipas Tak sampai 10 Ringgit Pon, Lebih Praktikal Dan Berkesan

Ditulis oleh Sha Rossa, 24 Jan 2018
No Comment

Lipas, salah satu binatang yang menggelikan. Buat la bermacam cara sekalipun, pasti lipas akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu. Lebih merimaskan kalau kita jumpa lipas dalam kereta. Mesti stress. Nak tangkap semua lipas dalam kereta pun susah sebab lipas ini sentiasa berkeliaran.

Jangan runsing, sebenarnya ada cara yang mudah untuk hilangkan semua lipas dalam kereta anda. Tak perlu susah susah buat perangkap lipas DIY. Rujuk je tips yang dikongsikan oleh Faris Addenan melalui laman facebook beliau. Beli perangkap lipas di pasaraya dengan kos tak sampai RM 10, balik dah boleh terus guna. Paling penting cara ini lebih kemas dan praktikal.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Selamat mencuba.

Kereta kami yang baru mencecah usia 10 tahun kini terpaksa dikongsi dengan rakan sekereta yang semakin banyak, iaitu LIPAS!! Bukan jenis lipas yang besar, tetapi spesis lipas yang kecil-kecil comel lote. Gitu.

Dulu tak ada sebab tak ada makanan bersepah. Kini setelah ada 2 anak kecil yang pandai makan biskut, roti, jajan dan aiskrim. Populasi lipas telah bercambah dengan mendadak.

Biasanya mereka keluar bersiar-siar dan berpiknik pada waktu malam. Mungkin kerana udara yang lebih nyaman dan sejuk.


Bila tiba waktu malam, lipas-lipas berkeliaran dan adakalanya ketika hendak masuk ke dalam kereta, kelihatan mereka sedang beristirehat pada baby chair. Melampau dah ni.

Saya bertanya masalah ini kepada sahabat saya Shafiq Rahman yang telah berjaya mengatasi masalah ini. Dia cadangkan beli perangkap lipas jenama Family di pasaraya. Dia telah cuba produk ini. Berkesan katanya.


Di Pasaraya Giant Sungai Chua Kajang, harganya RM7.89 satu kotak. Dalam tu ada 5 perangkap. Ikut saja arahan pemasangan. Memang simple dan mudah.


Tinggalkan pada waktu malam di dalam kereta. Di atas sofa, di bawah sofa, di bahagian belakang kereta dan sebagainya. Tunggu esok pagi.......




Hasilnya, memang menakjubkan. Atuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu sepapat, adik beradik lipas semua terperangkap pada kertas melekit tersebut.


Perangkap tersebut kita boleh guna semula pada esok malam. Tapi hasilnya kurang sedikit sebab ‘panadol’ lipas dah kurang bau.

Saya ada terbaca perangkap lipas DIY guna minyak masak terpakai + butter + susu pekat. Boleh juga. Lebih jimat kot. Tetapi agak messy bagi saya. Cara ini lebih kemas dan bersih. Lepas guna, esok pagi terus buang dalam tong sampah.

Alhamdulillah populasi lipas berjaya dikawal. Nak bunuh semua ada yang cadangkan spray je Ridsect dalam semua lubang-lubang yang ada. Tetapi 3-4 hari kereta berbau Ridsect. Tak sanggup haha. Setakat ini, saya guna cara inilah. Bulan depan repeat lagi. Tazabar.

Kalau rasa bermanfaat, SHARE lah pada kawan-kawan.

Siakapkeli.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "