Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Bekerja 18 Jam Tanpa Henti, Doktor Rebah Meninggal Dunia Ketika Sedang Merawat Pesakit

Ditulis oleh farra vy, 3 Jan 2018
Seorang doktor berusia 43 tahun dilaporkan meninggal duina akibat strok selepas berkerja selama 18 jam tanpa henti di sebuah hospital di China.  Dr. Zhao Bianxing, yang berasal dari Daerah Shanxi dikatakan rebah didalam wad pesakitnya pada tengahari, 29 Disember sebelum diberi rawatan kecemasan.  Memetik berita media tempatan, dia disahkan mati pada 30 Disember selepas rakan sejawatnya gagal untuk menyelamatkannya.




Menurut seorang rakan, Dr. Zhao mula bekerja pada jam 6 petang pada 28 Disember, dan selesai melihat pesakit luar sekitar tengah malam sebelum memulakan pemeriksaan bilik wad hospital.  Tambah rakannya lagi, "pada musim sejuk, jabatan pediatrik dan respiratori dikunjungi ramai pesakit.  Doktor sering kali tidak dapat menyelesaikan tugas tepat pada masa yang ditetapkan kerana terlalu sibuk dengan tugas tambahan baru di jabatan tersebut".



Menurut seorang wartawan tempatan Ma Xiaoma, yang turut berada dihospital berkata, "Dr. Zhao sedang memeriksa pesakit di wad dan dia tiba-tiba pengsan".  "Denyut jantungnya juga berhenti cepat dan dia segera digegaskan ke unit rawatan intesif".

Seorang rakan lain juga memberitahu bahawa Dr. Zhao seorang yang 'gila kerja' dan tidak pernah menolak sebarang bantuan yang diperlukan daripada rakan-rakannya.

Selepas 20 jam bertarung nyawa, mereka tidak dapat menyelamatkan Dr. Zhao.  Tepat jam 7.16 pagi, pada 30 Disember lepas, Dr. Zhao meninggal dunia selepas disahkan mengalami strok yang jarang berlaku akibat daripada pendarahan di permukaan otak.

Agensi Berita Xinhua merumuskan, hampir 600,000 pekerja China dikatakan mati akibat keletihan setiap tahun dan menurut Chinese Circulation Journal juga, antara bulan Januari hingga Julai 2017, seramai 13 orang doktor meninggal dunia semasa waktu bekerja disebabkan oleh jangka masa bekerja yang lama.

Daripada kisah ini, diharap rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar untuk mengawal masa bekerja dengan baik dan jangan sampai memudaratkan kesihatan. - Siakapkeli.my 

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "