Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Homemade Resepi Sedap Cheezy Sos Meleleh Ala KFC

Ditulis oleh farra vy, 15 Jan 2018
Khas buat peminat cheesy wedges KFC, kini anda mampu membuat cheese dip anda sendiri! Resepi kali ini sangat mudah dan sesuai dimakan bersama pelbagai variasi frozen food seperti nugget, wedges, kentang goreng, burger atau gaul bersama makaroni.  Fuh, sedap sangat.

Dengan resepi ini anda boleh mencicah gorengan pilihan hati sepuas-puasnya tanpa perlu menambah RM2 untuk extra cheese.  Jimat, sedap dan puas cicah!

Untuk resepi cheese paling sedap 2018, mari cuba ikut perkongsian daripada Ezan Idma ini yang telah mendapat lebih 8,000 shares dalam masa kurang daripada 24 jam.  Mesti sedap, ramai orang share ni!

Bahan bahan:

CHEEZY SAUCE SEDAK (SEDAP)

  • 1 Buttercup (250g)
  • 10 Keping cheddar chesdale
  • 1 Tin Susu cair
  • 1 Kiub pati ayam 
  • 2 Sudu lada hitam (blend kasar) 
  • 2 Sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • Sedikit pewarna oren

Cara-cara: 
1. Cairkan buttercup dengan api yang perlahan












2. Tuangkan susu kedalam adunan buttercup sehingga mendidih




3. Masukkan cheesedale kedalam adunan tadi satu persatu



4. Kemudian, masukkan seketul kiub ayam



5. Masukkan serbuk lada hitam dan bancuhan tepung jagung



6. Kacau sehingga adunan likat dan masukkan sedikit pewarna oren untuk menaikkan seri cheezy anda




Adunan siap untuk di makan! Selamat mencuba dan menjamu selera!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Gabung dengan saya di F4ns Bett1ng yuk
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "