Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Bermodalkan RM2000, Wanita Ini Kongsi Tips Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Ditulis oleh seventeen century, 24 Jan 2018

24 Jan - Memiliki rumah dengan rekaan dalaman yang cantik pasti menjadi idaman bagi setiap keluarga. Lebih-lebih lagi pada yang baru mendirikan rumah tangga.

Tetapi, bila memikirkan tentang kosnya pasti sesetengah keluarga bakal menangguhkan niat mereka itu yang ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Harga barang-barang di pasaran yang semakin mahal menyebabkan niat untuk mengubah suai rumah itu terbantut seketika kerana perlu mendahulukan mana yang menjadi keperluan dan tinggalkan sementara kehendak hati. 

Luar rumah (Sebelum)
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mcyah Joanett, telah berkongsi dalam entri terbarunya tentang beliau dan suami mengubah suai rumahnya dengan lebih kurang RM2000 sahaja.

Perkongsian ini telah menarik minat netizen dan berpendapat dengan hasil rumahnya selepas diubah suai dengan kos yang rendah, ia sangat-sangat berbaloi.

Menurut Mcyah, masa yang diperlukan hanya 24 jam sahaja untuk melihat rumah yang sederhana berubah seperti sebuah istana dengan kos yang rendah.

Beliau dan suami memilih konsep yang mewah dan klasik untuk dijadikan tema untuk teratak kecilnya itu.

"Ramai tak percaya, korang tak tahu lagi aku punya kedekut, RM2000 pun aku rasa mahal dah," katanya.

Ruang tamu (Sebelum)
Suami beliau juga turut berpuas hati apabila melihat hasil yang telah mereka laburkan itu. Tambahnya lagi, tiga keajaiban bila rumah sedap mata memandang, suami jarang keluar rumah, kasih sayang antara suami isteri bertambah erat dan anak-anak tak sepahkan rumah lagi.

Jom ikuti perkongsian Mcyah tentang pengubah suaian rumahnya yang sederhana tetapi sangat cantik di mata dan di hati. Semoga bermanfaat.

Bismillah. Ubahsuai simple & nice tapi murah.


Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.

Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai. 

Ruang TV (Sebelum)
Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team tzconsturction (team kerja suami aku). Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.

Husband cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak.

Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.

Ruang makan (Sebelum)
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni.

Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.

Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalau Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita. 


Luar rumah (Selepas)
Laci kecik tu RM50 (perabot terpakai)




Palang letak bunga RM25 (ikea)
Rak kasut RM150 (ikea)
Harga tu termasuk cas upah.

Ruang tamu (Selepas) Karpet RM95 (ala ikea)
Lantai tikar getah biasa shj RM230 segulung untuk sebuah rumah.



Ruang TV (Selepas)

Meja makan RM189 (ikea)
Kerusi makan RM40 (ikea)
Pelapik atas meja RM8 (mr.diy)

Cermin RM68 utk 10 biji (ikea)
Harga tu termasuk cas upah.

Bunga lavendar RM9.90 (G-orange) Yang letak kat luar rumah 
Pagola rotan RM19 (mr.diy)
Sangkut pakai skru dan tali dari kedai RM2



Lampu RM35 (ikea)

Langsir dalam warna putih RM19 dua keping
Langsir luar RM45 dua keping (Ikea)


Bakul putih RM15 (ikea)
Rak besi putih RM100 (brg ikea tapi beli yang terpakai shj)

Almari hiasan RM250 (perabot terpakai)

Wallpaper 4 roll RM100 tapi untuk ruang tv ni just guna 2 roll shj. Its mean RM50 untuk ruang tv ni (ala ikea)
Palang letak coke RM25 (ikea)
Palang letak astro RM60 (ikea)

Ayat 1000 dinar RM12 (ipoh wood art)

Lampu luar rumah RM45 (ikea)
Harga tu termasuk cas upah.
Bunga RM9.90 (ikea)
Pasu RM7 (ikea)
Palang putih RM25 (ikea) 
Sofa bed hitam RM150 (perabot terpakai)
Bantal kerusi RM12 satu (kaison)
Meja putih RM89 (ikea)




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "