Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gajah Betina Ditemui Mati Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik


Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak.

Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan sedang bunting atau baru sahaja melahirkan anak sebelum mati.


"Kami tidak pasti tentang perkara ini pada masa ini, tetapi ada susu yang keluar dari putingnya," kata Alicia Solana, pengurus lapangan Meme.

Katanya lagi, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan lokasi kem tentera di Pulau Banding.

Tambahnya, mereka percaya bahawa gajah tersebut mungkin debahagian daripada sekumpulan gajah betina dan anak gajah lain yang sering mencari makanan di situ.

"Haiwan ini memang biasa berkeliaran di kawasan seberang lebuh raya ini kerana ada banyak rumput dan makanan yang sesuai untuk mereka," katanya lagi.


Menurut Solana lagi, gajah tersebut terkena renjata elektrik dipercayai akibat menyondol zink sebuah rumah sementara yang dibina di kawasan itu yang berhampiran di sebelah lebuh raya.

Ketika kejadian, tiada siapa yang berada di lokasi tersebut.

"Ia adalah satu kehilangan yang penuh emosi kerana kami tahu tentang kumpulan ini dan dapat mengenal pastinya. Kami sering melihatnya," katanya.

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli