Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fakta Menarik Disebalik Asal-Usul Watak Johnny Depp Sebagai 'The Mad Hatter' Didalam Filem Alice in Wonderland

Ditulis oleh farra vy, 12 Jan 2018
Alice's in Wonderland merupakan salah satu cerita bergenre fantasi paling popular didunia pada tahun 2010 dengan kutipan sebanyak 1.025 billion USD.  Karya Tim Burton ini mendapat tempat kanak-kanak malah orang dewasa kerana bermain dengan elemen-elemen misteri namun menarik minat penonton untuk menyaksikan cerita itu sehingga kepenghujungnya.

Melalui perkongsian Nurilyani Bujang, beliau ada merungkai kisah disebalik watak Johny Depp sebagai Mad Hatter sebenarnya seorang pembuat topi yang dianggap gila oleh masyarakat England pada zaman dahulu.  Tata rias muka Johnny Depp yang diputihkan seakan pucat itu juga ada sebab disebaliknya.  Mari ikuti kisah sebenar asal-usul watak Mad Hatter ini.

MAD HATTER
Mesti ramai yang menonton cerita Alice In Wonderland kan?

Tapi anda tahukah asal usul nama Mad Hatter?

Pada zaman dahulu di England, ramai pembuat topi dianggap sewel oleh masyararakat. Muka mereka un putih selepuk yang pucat. Emosinya tak stabil dan pasang surut. Terlalu ramai yang sewel sehingga timbul satu pepatah 'as mad as hatter' atau bahasa melayunya ' gila umpama si pembuat topi'.



Lama doktor doktor zaman itu mengkaji mengapa semua pembuat topi berperangai begitu dan mengalami simptom simptom yang sama.

Setelah diteliti, mereka mereka mempunyai satu persamaan. MERCURY atau RAKSA!

Zaman itu, mercury digunakan dengan meluas dalam pembuatan topi sebagai bahan untuk melembutkan kulit dan bulu binatang supaya ianya boleh dibentuk dengan cantik menjadi topi.

Mereka tidak tahu kesan jangka panjang mercury ini sehinggalah pembuat pembuat topi ini mengalami perubahan perubahan dalam tubuh mereka.



1. Kulit jadi putih melepak
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang
7. Rentak jantung yang tak normal

Merkuri ini kemudiannya tidak lagi digunakan dalam pembuatan topi. Ianya telah diharamkan.

Namun, zaman ni, Mad Hatter KEMBALI lagi.

Sebab apa?

Sebab merkuri banyak terdapat dalam kosmetik sampah. Ianya digunakan dengan tak bertanggungjawab oleh founder founder produk yang nak cepat kaya.

Ada mereka peduli yang 10 tahun lagi kamu semua jadi macam Mad Hatter?

Nanti kamu cari doktor juga kan? Bukannya founder. Waktu itu dah terlambat. Mad Hatter Syndrome ni bukan sesuatu yang boleh dirawat dengan mudah.



Jadi, kenalah cerdik.

Jangan mudah tertipu.

Kalau tak percaya cakap saya, boleh la baca lanjut Mad Hatter Syndrome di carian internet anda.

By the way Johnny Depp tu membawa karekter Mad Hatter dengan sangat baik.

Tukang makeup Johnny Depp pun harus dipuji. Memang menjadi betul makeup putih selepuk tu.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli