Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Facebook Akan Mengalami Perubahan Besar-Besaran - Mark Zukerberg


12 Jan - Facebook akan membuat perubahan besar untuk menjadikannya sebuah media sosial yang lebih bermakna untuk para penggunanya.

Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya sendiri, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaru melalui akaun facebook rasmi miliknya baru-baru ini.

Dalam status terbaru yang dimuat naik itu juga, Zuckerberg mengatakan 'Facebook News Feed' telah menjadi terlalu padat yang datngnya daripada berita tentang perniagaan, jenama dan media.


Dia percaya bahawa perkara ini terjadi kerana rangkaian sosial telah hilang punca daripada matlamat sebenar yang membawa kepada kurang pendekatan kepada pengguna.

Ini menjadikan Facebook menerima pelbagai kritikan kepada masalah sosial dan masalah politik seperti pembuli siber dan berita palsu.

Dalam menyelesaikan masalah itu, Zukerberg mengatakan akan menjadikan Facebook lebih baik kepada pengguna.

Beliau juga menulis, sejak Facebook lebih banyak tertumpu kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga, keseimbangan yang ada dalam suapan berita telah menyimpang jauh dengan apa yang sepatutnya Facebook mampu lakukan iaitu menghubungkan dengan sesama sendiri.


Perubahan ini bermakna 'posting' umum daripada penerbit seperti berita organisasi akan menjadi berkurangan di dalam suapan berita. Sebaliknya, ia lebih kepada interaksi bersama rakan dan keluarga. 

"Tetapi saya akan memastikan, masa anda bersama Facebook akan lebih bermakna."

"Jika kita membuat perkara yang betul, saya percaya ia akan menjadi baik untuk komuniti kita dan perniagaan kita untuk jangka masa yang panjang juga," katanya.



Facebook yang telah diperkenalkan sejak 2004, telah memiliki lebih 2 billion pengguna setiap bulan, dan menghampiri populasi ketiga dunia.

Pengasasnya Mark Zuckerberg kini memiliki harta anggaran sebanyak $74 billion dan menjadikan beliau individu kelima terkaya di dunia.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli